Gelagat Ikan Lumba-lumba Buat ‘O’ Guna Air Jadi Bualan Warga Maya
Ikan lumba-lumba ataupun ‘dolphin’ adalah sejenis mamalia air yang sering menarik perhatian orang ramai dengan kecomelannya dan bersikap sangat mesra dengan manusia.
Dalam dunia haiwan, ikan lumba-lumba sering dianggap antara haiwan yang pintar. Di zoo, ikan lumba-lumba boleh dilatih untuk melakukan persembahan untuk tontonan para pengunjung.
Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan haiwan tersebut membuat persembahan gegelung buih seakan-akan huruf O yang sangat menarik.
Ikan lumba-lumba buat O, rupanya bubble ring sebagai isyarat komunikasi
Menerusi video yang dikongsikan oleh @LSS Gaining Ground, ikan lumba-lumba berkenaan dirakam beberapa kali melakukan helah unik tersebut.
Malah, haiwan itu juga turut berjaya memusingkan gegelung buih yang dihasilkan dan memecahnya kepada dua bahagian.
Walaupun ketika itu ikan lumba-lumba berkenaan sedang bermain sendirian, namun aksi yang dipersembahkan berjaya membuat para pengunjung terpegun.
@wondrouswildlifeprints Talented dolphin creates a bubble ring and plays with it! 🫧🐬👏 FOLLOW FOR MORE 👇 @wondrouswildlifeprints #wildlifephotography #naturevibes #naturelover #marinebiology #dolphins #safari #fish
Ikan lumba-lumba jadikan ‘bubble ring’ sebagai isyarat komunikasi
Menurut portal Dolphin Communication Project, mamalia ini boleh menghasilkan pelbagai jenis buih dengan melepaskan udara dari lubang di atas kepalanya yang dipanggil ‘blowhole’.
Fungsi buih ini adalah sebagai paparan visual iaitu sejenis isyarat komunikasi.
Difahamkan, buih yang dihasilkan oleh ikan lumba-lumba adalah antara helah yang sangat istimewa. Untuk melakukan helah berkenaan, haiwan ini akan mengaduk air menggunakan siripnya dan menghasilkan sejenis pusaran yang berpusar.
Kemudian, ikan lumba-lumba mula meniup gelembung ke dalam pusaran yang menghasilkan lubang di lingkaran.
Ia sekaligus dapat mencipta bentuk ‘bubble ring’ yang stabil ataupun boleh dipusingkan oleh haiwan tersebut dalam pelbagai cara.
‘Bubble ring’ yang dihasilkan mampu bergerak dari semua arah
Menurut portal Dolphin Communication Project lagi, ikan lumba-lumba mampu menghasilkan ‘bubble ring’ yang bergerak dalam arah mendatar, menegak ataupun berlegar di satu tempat.
Pada masa yang sama, haiwan itu juga perlu merancang masa dengan tepat dan berada di kedudukan yang betul untuk bermain dengan buih yang dihasilkan.
Kajian yang dibuat sebelum ini juga mendapati ikan lumba-lumba berkemungkinan mampu berkongsi antara satu sama lain tentang kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan gegelung buih itu.
BACA: Luas & Selesa, Surau IOI City Mall Adakan Solat Jumaat Pertama Hari Ini
Sumber: Dolphin Communication Project