Kenapa Khinzir Tak Boleh Mendongak Ke Langit? Ini Sebabnya
Allah SWT mencipta manusia dengan bentuk yang sempurna, serta memberikan kelebihan dalam kemampuan berbicara dan berfikir.
Selain manusia, haiwan dan tumbuhan juga diciptakan dengan tujuan tertentu. Setiap makhluk diberikan peranan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.
Keunikan fauna di dunia ini sering kali terletak pada perbezaan yang jelas antara makhluk.
Tingkah laku dan struktur anatomi setiap haiwan kadang-kadang menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan manusia.
Untuk pengetahuan, khinzir adalah salah satu haiwan yang mempunyai ciri khas yang tidak disedari manusia.
Mata khinzir terletak di sisi kepalanya, yang menjadikan ia sentiasa berjaga-jaga terhadap ancaman pemangsa.
Kedudukan mata ini memberikan khinzir pandangan panorama yang luas, iaitu sekitar 310 darjah.
Namun, kedudukan mata ini juga bermakna khinzir mempunyai titik buta di bahagian hadapan muncungnya, dan ini menyukarkan ia untuk mendongak ke langit.
Ini tidak bermakna khinzir langsung tidak boleh melihat langit
Walaupun khinzir tidak mampu mendongak seperti kebanyakan haiwan lain, ia sebenarnya boleh melihat ke langit jika berada dalam kedudukan tertentu.
Sebagai contoh, jika khinzir berbaring atau berada di atas cerun, ia boleh menolehkan kepalanya untuk melihat ke atas.
Walaupun khinzir tidak boleh mengangkat kepala untuk melihat ke atas dengan mudah, haiwan ini dikurniakan deria bau yang sangat luar biasa.
Deria bau khinzir dianggap antara yang terbaik dalam kalangan mamalia.
Keupayaan ini membolehkan mereka mencari makanan di bawah tanah dengan cekap.
Untuk info, khinzir mempunyai penglihatan dikromatik, iaitu mereka hanya mampu melihat dua warna utama — biru dan hijau, serta beberapa warna merah.
Berbanding manusia yang mampu melihat berjuta-juta warna, penglihatan khinzir lebih terhad.
Selain itu, khinzir dapat melihat dengan baik pada cahaya panjang gelombang rendah.
Namun, mereka akan menghadapi kesukaran untuk melihat apabila panjang gelombang cahaya semakin meningkat.
Ini bermaksud, khinzir lebih sesuai dengan suasana cahaya rendah berbanding cahaya terang.