Siakap Keli
manfaat perlindungan takaful simpan sspn plus

Manfaat Perlindungan Takaful Simpan SSPN Plus Bantu Ringankan Beban Pendeposit

Manfaat Perlindungan Takaful Simpan SSPN Plus Bantu Ringankan Beban Pendeposit

1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Ziarah  PTPTN Prihatin telah menyerahkan manfaat perlindungan takaful kepada pendeposit Simpan SSPN Plus bertempat di kediaman beliau di Kuala Nerang, Kedah. Sesi penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Rusdi bin Ismail, Pengurus  Besar Kanan PTPTN. Turut hadir Encik Fauzi Azli bin Salleh, Pengarah Negeri, Pejabat  PTPTN Negeri Kedah.

2. Puan Maheran binti Ali, 48 tahun seorang Pegawai Kerajaan telah didiagnosis menghidap penyakit kritikal pada awal tahun. Beliau merupakan pendeposit Simpan  SSPN Plus yang telah membuka akaun untuk tiga (3) orang anak pada 11 Julai 2017. Beliau telah membuka akaun di bawah Pakej Intan dengan komitmen sebanyak  RM30.00 sebulan iaitu RM20.00 untuk simpanan dan RM10.00 untuk caruman takaful.

3. Melalui caruman takaful RM30.00 sebulan (bagi 3 akaun), beliau sebagai pendeposit Simpan SSPN Plus telah mendapat manfaat perlindungan takaful (penyakit  kritikal) sebanyak RM12,000.00 bagi setiap akaun dengan jumlah keseluruhan yang  diterima sebanyak RM36,000.00 dan elaun kemasukan wad berjumlah RM3,225.00.  Maka jumlah keseluruhan manfaat yang diterima oleh pendeposit adalah sebanyak  RM39,225.00.

4. Produk Simpan SSPN Plus menawarkan enam (6) pakej simpanan yang terdiri daripada simpanan dan perlindungan takaful yang komprehensif dengan komitmen bulanan serendah RM30.00 sebulan iaitu hanya RM1.00 sehari sahaja, bergantung  kepada pakej yang dipilih.

5. Keistimewaan tambahan lain yang ditawarkan adalah manfaat perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta, manfaat khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak maksimum lima (5) orang anak, manfaat takaful penyakit kritikal, elaun  kemasukan hospital dan perlindungan takaful sehingga umur pendeposit 69 tahun,  tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih.

Selain itu, komitmen serendah  RM30.00 sebulan untuk pakej Intan dan tiada pemeriksaan kesihatan, kecuali bagi pakej Berlian sahaja yang perlu menjawab tiga (3) soalan kesihatan. Menariknya lagi, Simpan  SSPN Plus menyediakan tiga (3) pilihan Syarikat Pengendali Takaful iaitu Hong Leong  MSIG Takaful Berhad, Great Eastern Takaful Berhad dan Takaful Ikhlas Family Berhad yang menawarkan keistimewaan manfaat perlindungan takaful yang menarik.

manfaat perlindungan takaful simpan sspn
Encik Mohd Rusdi bin Ismail, Pengurus Besar Kanan PTPTN (tengah) menyerahkan replika kad manfaat perlindungan takaful Simpan SSPN Plus kepada Puan Maheran binti Ali (kanan) diiringi Encik Fauzi Azli bin Salleh, Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Kedah di Kuala Nerang, Kedah pada Ahad lalu.

6. Melalui keistimewaan dan manfaat produk Simpan SSPN, PTPTN berharap ia dapat membantu meringankan beban kewangan pendeposit. Sememangnya nilai  manfaat ini tidak dapat mengembalikan kesihatan yang terganggu, namun dengan manfaat yang diterima dapat memastikan masa depan keluarga terus terjamin dan  kelangsungan hidup sekeluarga dapat diteruskan.

7. Sebagai usaha untuk menggalakkan budaya menabung dalam kalangan masyarakat, PTPTN telah menganjurkan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024  dengan tawaran hadiah wang tunai yang lumayan bernilai lebih RM1.3 juta untuk 983 orang pendeposit. Kempen ini sebagai usaha PTPTN untuk menggalakkan lagi  penabungan dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak.

8. PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa berusaha membantu meringankan beban yang ditanggung oleh pendeposit dan waris  dengan menyediakan produk simpanan berserta perlindungan takaful yang  komprehensif. Maklumat lanjut berkenaan Simpan SSPN boleh diperoleh melalui portal  rasmi www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN untuk perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.