Siakap Keli
byd seal

Sime Darby Motors Lengkapkan Barisan BYD SEAL Dan Tingkatkan BYD ATTO 3

Sime Darby Motors Lengkapkan Barisan BYD SEAL dan Tingkatkan BYD ATTO 3

BUKIT JALIL, 6 September 2024 – Dengan kejayaan pengenalan BYD SEAL pada awal tahun ini dengan lebih daripada 2,200 unit didaftarkan sehingga akhir Ogos 2024, Sime Darby Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, kini memperkenalkan varian baharu BYD SEAL Dynamic, melengkapkan lagi pilihan varian Premium dan Performance yang sedia ada.

Pengenalan terbaru ini melengkapkan barisan penuh tiga varian BYD SEAL, dengan menawarkan lebih banyak pilihan untuk pelanggan di Malaysia.

Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Darby Motors, berkata, “Daya tarik BYD SEAL yang kuat di pasaran Malaysia jelas kelihatan, menjadikannya EV yang paling laris dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Kami berbesar hati untuk mengembangkan tawaran ini, membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati EV berprestasi tinggi pada harga yang kompetitif tanpa mengkompromi reka bentuk yang bergaya, teknologi terkini dan sokongan rangkaian.”

“Sebagai salah satu perintis EV di Malaysia bersama BYD, Sime Darby Motors benar-benar memahami keperluan pasaran, terutamanya dari segi sokongan perkhidmatan selepas jualan. Sime Darby Motors komited untuk memacu aspirasi EV negara dan menyediakan pengalaman EV yang luar biasa kepada pelanggan.”

Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, menambah, “Matlamat kami adalah untuk menjadikan EV mudah diakses oleh semua orang, dan varian baharu ini merupakan sebuah lagi langkah ke arah itu. Pelancaran BYD SEAL Dynamic menyokong peralihan ke arah mobiliti yang lebih lestari dan dipacu oleh teknologi di Malaysia, menjadikannya pilihan yang menarik bagi pemandu yang mencari pengalaman pemanduan moden dan mesra alam.”

Acara pelancaran yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dihadiri oleh Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd; Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Darby Motors; Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Darby Motors; Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Vantage Malaysia, Sime Darby Motors dan Adeline Lew, Pengurus Besar Sime Darby Beyond Auto.

Pakej BYD SEAL Dynamic RWD

BYD SEAL Dynamic RWD menawarkan dua pilihan warna, iaitu Cosmos Black dan Aurora White. Harga bermula dari RM163,800 menjadikannya pilihan yang menarik dan boleh diakses bagi mereka yang mencari sedan elektrik yang bergaya dan berteknologi canggih.

Sebagai tawaran pendahuluan, 100 tempahan pertama varian BYD SEAL Dynamic akan disertakan dengan pengecas Wall Box Home percuma, memberikan tawaran yang lebih hebat kepada pelanggan kereta ini. 

Sebagai bukti komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kepuasan pelanggan, kereta ini dilengkapi dengan pakej waranti yang komprehensif. Ini termasuk waranti kenderaan selama 6 tahun atau 150,000km, waranti bateri voltan tinggi yang mengagumkan selama 8 tahun atau 160,000km, dan waranti unit pemanduan yang sama kukuh selama 8 tahun atau 150,000km.

Barisan BYD SEAL Memenuhi Semua Keperluan

byd seal

Varian Dynamic RWD adalah pilihan ideal bagi mereka yang mencari teknologi canggih dan reka bentuk bergaya pada harga yang kompetitif. Varian BYD SEAL RWD Premium yang dilancarkan sebelum ini juga tersedia bagi mereka yang mengutamakan gabungan prestasi dan jarak pemanduan, dengan harga bermula dari RM179,800, manakala varian AWD Performance direka untuk pelanggan yang mengidamkan pecutan kereta yang laju, dengan harga bermula dari RM199,800.

Kecemerlangan Reka Bentuk dan Teknologi Terkini

Silhouette coupe yang menawan pada BYD SEAL Dynamic RWD menggabungkan kecekapan aerodinamik dengan daya tarikan estetik yang tidak dapat dinafikan. Reka bentuk Ocean Aesthetics telah menerima pelbagai pengiktirafan, termasuk Anugerah Reka Bentuk iF yang berprestij dan disenaraikan dalam 3 finalis terbaik bagi Anugerah Kereta Dunia 2024.

Kemenangan terkini juga termasuk VOTY 2024 Electric Performance Sedan of the Year oleh DSF.my di Malaysia, mengukuhkan statusnya sebagai peneraju dalam industri automotif tempatan dan pasaran global. Walaupun semua varian dalam barisan SEAL mempunyai reka bentuk yang serupa, varian Dynamic RWD membezakan dirinya dengan rim rekaan baru, menambah daya tarikan tambahan pada bahagian luarnya.

BYD SEAL Dynamic RWD mempamerkan skrin sentuh berputar 15.6 inci, yang diintegrasikan secara lancar dengan Aplikasi BYD dan fungsi arahan suara, menyediakan pengalaman pemanduan yang intuitif dan terhubung.

Sistem audio premium 12 pembesar suara Dynaudio dan sistem penapisan PM2.5 yang canggih memastikan suasana kabin yang menyeluruh dan selesa. Sistem infotainmen ini konsisten untuk ketiga-tiga varian.

Keselamatan dan Prestasi yang tiada kompromi

Dengan penarafan keselamatan lima bintang ANCAP, BYD SEAL Dynamic RWD mengutamakan perlindungan penumpang melalui teknologi Bateri Blade Ultra Safe, struktur Cell-To-Body (CTB), dan sembilan beg udara.

Varian Dynamic RWD juga termasuk suite ADAS yang komprehensif dan sistem kamera 360 darjah beresolusi tinggi yang merupakan ciri standard di seluruh rangkaian BYD SEAL, memberikan keselamatan dan keyakinan tambahan kepada pemandu manakala pembahagian beban gandar depan dan belakang 50:50 memastikan prestasi optimum dalam pelbagai keadaan pemanduan.

Dikuasakan oleh pek bateri LFP Blade 61.44 kWh, Dynamic RWD menghasilkan 201 HP dan 310 Nm tork, mencapai pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 7.5 saat. Varian Dynamic menawarkan jarak pemanduan 510 km mengikut kitaran NEDC, menjadikannya pilihan sesuai untuk perjalanan harian mahupun perjalanan jauh.

Sebagai perbandingan, varian Premium memberikan jarak 650 km, manakala varian Performance menawarkan 580 km.

Varian terkini ini menyokong input pengecasan DC sehingga 110 kW dan juga dilengkapi dengan fungsi vehicle-to-load (V2L), yang meningkatkan lagi prestasi dan kecekapan.

Dengan ruang dalaman yang luas termasuk ruang boot 400L dan tambahan 50L di ruang depan, memberikan kapasiti kargo sebanyak 450L, BYD SEAL Dynamic RWD menggabungkan praktikaliti dengan teknologi terkini.

Varian Dynamic dilengkapi dengan tayar 225/50 R18, sedikit berbeza daripada varian Premium dan Performance yang menggunakan tayar 235/45 R19. Selain itu, varian Dynamic mempunyai reka bentuk rim tayar yang unik.

byd seal

Komitmen BYD terhadap Perkhidmatan Pelanggan yang Cemerlang

Komitmen BYD terhadap perkhidmatan pelanggan yang cemerlang jelas terlihat dalam rangkaian luas 25 bilik pameran dan pusat perkhidmatan BYD di seluruh Malaysia, dengan rancangan untuk lebih 30 outlet menjelang akhir 2024.

Untuk meningkatkan pendekatan berpusatkan pelanggan, BYD menawarkan pakej perkhidmatan yang terkemuka dalam industri dan penyelesaian digital yang inovatif, termasuk aplikasi BYD yang mesra pengguna.

Aplikasi ini menyediakan akses mudah kepada lokasi pusat perkhidmatan, serta membolehkan pelanggan membuka kereta hanya dengan sentuhan jari, menunjukkan dedikasi BYD terhadap perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Seiring dengan pelancaran BYD SEAL Dynamic RWD, BYD ATTO 3 yang baharu telah dipertingkatkan dengan beberapa ciri, termasuk saiz bateri yang meningkat kepada 60.48 kWh, menambah jarak pemanduan kepada 480 km mengikut kitaran NEDC dan memperbaiki masa pecutan 0-100 km/j kepada hanya 7.3 saat.

Untuk 300 tempahan pertama BYD ATTO 3 yang baharu, pelanggan akan menerima Wallbox Home Charger, Pakej Perkhidmatan 3 Tahun, dan Cukai Jalan Percuma selama 4 Tahun.

Promosi Eksklusif

Bagi mereka yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat BYD SEAL Dynamic dan BYD ATTO 3 yang baharu, kunjungi bilik pameran BYD terdekat atau lawati Stadium Nasional Bukit Jalil, tempat Letak Kereta B, dari 6 hingga 8 September 2024.

Pengunjung ke Tempat Letak Kereta B di Stadium Nasional Bukit Jalil boleh menikmati promosi eksklusif. Tempahan BYD SEAL dan BYD DOLPHIN yang dibuat semasa acara dari 6 hingga 8 September serta menerima kredit pengecasan RM800 secara “siapa cepat dia dapat”, dan juga berpeluang untuk memenangi BMW CE 02 Motorrad dengan tempahan yang dibuat semasa acara, tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk info lanjut, sila layari http://byd.simedarbymotors.my/ atau ikuti www.facebook.com/BYDCarsMalaysia atau www.instagram.com/bydcarsmalaysia/.  Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 1300-38-1888.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.