CPI Land Lancar Pembangunan Perumahan Di Nadi Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, Malaysia, 10 September 2024 – Pemaju hartanah terkemuka, CPI Land, mengumumkan pelancaran rasmi yang amat dinantikan – Tuan Heritag3, pembangunan terkini dalam Siri Tuan yang terkenal dengan keunggulan dan kualiti yang tinggi.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Galeri Jualan Tuan Heritag3 ini membuka lembaran baharu kepada kehidupan bandar, di mana keunikan warisan lama digandingkan dengan keanggunan moden.
Terletak di lokasi strategik di Segambut, Tuan Heritag3 mengangkat kegemilangan retro dalam rekaan sofistikated dan seni bina yang tidak lapuk ditelan zaman dalam kawasan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD).
Konsep unik ini menyediakan akses yang luar biasa kepada pengangkutan awam dan kemudahan bandar untuk penduduk.
Pelancaran ini dihadiri oleh ramai rakan perniagaan dan bakal pemilik rumah. Acara turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk persembahan tarian singa dan Ceramah Feng Sui oleh Dato Anthony Cheng dari Meta Group.
Pengerusi CPI Land, Chung Shan Tat berkata, “CPI Land komited untuk sentiasa melakukan penilaian, penyesuaian dan inovasi bagi memenuhi standard pengguna, terutamanya dalam mencipta kediaman yang sepadan dengan citarasa peribadi dan harapan tinggi pembeli. Tuan Heritag3 menepati komitmen ini dengan menawarkan pengalaman hidup yang mementingkan keseimbangan warisan dan kemodenan.
Tuan Heritag3 bukan sekadar kediaman; ia adalah sebuah penghargaan terhadap warisan seni bina, ketelitian rekaan dan kemudahan moden, yang menjadikannya penanda aras baharu dalam kehidupan bandar.”
“Selaras dengan trend pasaran terkini, jangkaan kelompok sasaran dan perkembangan industri, Tuan Heritag3 membawakan konsep segar serta moden kepada kehidupan bandar. Kami sangat teruja dengan pembangunan ini kerana ia bukan sekadar membina rumah, tetapi mencipta pengalaman yang relevan dengan keperluan penduduk.”
Memahami keperluan kehidupan kontemporari, Tuan Heritag3 dilengkapi dengan kemudahan yang mengutamakan keluarga, seperti ruang khusus untuk penghantaran bungkusan dan makanan serta kemudahan rekreasi yang komprehensif, yang direka untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk.
Projek ini juga menyediakan ruang pengecasan EV, perkhidmatan Wi-Fi percuma di ruang kerja bersama, dan perkhidmatan ulang-alik ke stesen MRT serta kawasan beli-belah terdekat. Ciri-ciri ini memenuhi gaya hidup dinamik penduduk masa kini, memberikan mereka keselesaan, kemudahan dan keterhubungan yang optimum.
Dengan keluasan binaan antara 820 hingga 1,026 kaki persegi, setiap unit kediaman berperabot separa lengkap ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan harga jualan bermula dari RM511,400.00.
Mengenai CPI Land
CPI Land merupakan pemaju hartanah terkemuka yang berdedikasi untuk mencipta projek kediaman luar biasa yang memberi takrifan baharu kepada kehidupan bandar. Berbekalkan komitmen yang tinggi terhadap kualiti, inovasi dan kepuasan pelanggan, CPI Land mensasarkan untuk mempertingkatkan gaya hidup, bekerja dan bermain melalui pembangunan mereka.
Terkenal dengan perhatiannya terhadap perincian dan ketukangan yang teliti, CPI Land terus membentuk landskap industri hartanah dengan mewujudkan projek-projek luar biasa yang memberi inspirasi dan meningkatkan gaya hidup.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.cpiland.com.