Perkahwinan merupakan suatu momen yang sangat dinantikan oleh setiap pasangan kerana dapat menyatukan dua hati menjadi satu. Namun, bak kata sesetengah orang, perkahwinan adalah permulaan kehidupan bersama pasangan hidup, tidak kiralah sama ada dalam keadaan susah dan senang.
Bila sudah berkahwin, pasti ramai yang akan berpindah ke rumah sendiri untuk memulakan kehidupan berdua. Namun, ketika ini lah pasangan itu akan menghadapi onak duri serta cabaran yang sudahpun bermula.
Seperti dikongsikan oleh Ahmad Hisyam melalui laman Thread, dia dan isteri sangat ‘struggle’ setelah berpindah ke rumah sewa, baginya mungkin itu fasa dia untuk mengenali bagaimana perjalanan mereka untuk memulakan hidup berdua.
Kongsinya, mereka memutuskan untuk membeli kelengkapan bilik tidur serta peti ais sahaja dulu. Mereka bertuah kerana barangan seperti dapur dan gas telah dihadiahkan pada majlis perkahwinan mereka.
Kenapa beli peti ais dan barang bilik tidur dulu?

Kongsinya di laman Thread itu, mereka memilih untuk beli dua keperluan asas ini adalah kerana rehat dan tidur yang cukup dan selesa adalah sangat penting dan juga peti ais sangat penting untuk simpan makanan atau minuman supaya tidak mudah rosak.
Walau bagaimanapun, kedua-dua barang ini bukanlah dibeli secara lumpsum sekaligus, namun Ahmad membelinya melalui platform e-dagang iaitu Shopee dengan memanfaatkan SPayLater.
Baginya SPayLater sangat membantu sesiapa sahaja yang tidak mempunyai wang dengan jumlah yang banyak untuk mendapatkan barang-barang keperluan. Apa yang lebih penting adalah SPayLater merupakan satu kemudahan yang mematuhi syariah yang telah disahkan oleh Amanie Advisor, sebuah firma penasihat Syariah global dan syarikat penasihat Syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Bukan apa, sebab SPayLater ni dah tetapkan had kredit yang diperibadikan untuk pengguna, siap ada had perbelanjaan maksimum dengan konsep Beli Dulu Bayar Kemudian. Lagipun, kalau kita lambat buat bayaran semula, kita hanya akan disekat daripada mengguna SPayLater, dan denda lambat akan dikenakan RM10 dan ia tidak terkumpul dan berganda.
Ahmad juga sempat katakan yang orang sekarang lebih beruntung bila mengguna SPayLater disebabkan sekarang boleh dinikmati dengan 0% caj untuk tempoh bayaran balik selama 1 atau 3 bulan. Kalau dulu sewaktu dia beli peti ais, dah kena 1.5% bayaran proses, jadi untung la sekarang sebab 0% caj diperlukan.
Bukan semata online, kat kedai fizikal pun boleh guna SPayLater
Sekarang ni lagi mudah, kalau taknak beli guna platform e-dagang, boleh juga barang yang kita nak gunakan SpayLater. Begitulah yang dikongsikan oleh Ahmad sambil mencemburui kemudahan yang ada sekarang.
“Sekarang ni nak guna SPayLater kat kedai pun boleh, dah ambik barang pergi kaunter, scan je guna ShopeePay e-wallet, pastu pilih SPayLater, dan biar juruwang yang scan kod yang tertera pada fon korang. Banyak juga kedai boleh buat macam ni, antaranya MYDIN, Lotus’s, Petron, Zus Coffee, Al-Ikhsan dan sekitar 1.8 million peniaga yang mempunyai DuitNow.
Tambah perkongsian Ahmad lagi, SPayLater ini sebaiknya guna untuk beli barang-barang keperluan sahaja. Janganlah sengaja nak beli barang-barang mengikut kehendak, sebab dikhuatiri boleh membebankan kewangan pada masa akan datang. Memberi contoh sepertinya yang beli peti ais dan kelengkapan bilik tidur sahaja, Ahmad turut berseloroh dengan katakan sekarang sangat menguntungkan.
“Sekarang siap ada Tawaran 1 Sen dengan potongan 31% (terhad pada RM31) lagi di kedai terpilih sehingga 16 September ni. Memang kena grab cepat-cepat lah.
“Masa aku dulu tak sempat nak ada diskaun, sekarang pengguna baharu SPayLater siap boleh dapat diskaun RM15 untuk sebarang pembelian. Bukan tu saja, ada lagi promo lain yang hebat-hebat.”
Jadi, untuk bakal-bakal pengantin yang akan menduduki rumah baru, mungkin dah boleh bersedia dari awal menerusi kisah Ahmad ini. Jika orang dulu nak beli sesuatu kena tunggu duit dah cukup, tapi sekarang kalau nak beli sesuatu barang keperluan, boleh sahaja gunakan dulu SPayLater. Kalau nak tahu macam mana nak aktifkan SPayLater, korang boleh ikut pautan INI