Penganjuran Pesta Kanowit 2024 Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik
Majlis Daerah Kanowit dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kanowit, Kementerian Perpaduan Negara (KPN), serta Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak akan menganjurkan Pesta Kanowit 2024.
Pesta Kanowit yang diadakan sejak 2003 ini adalah selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ yang diperkenalkan oleh KPN sebagai pengisian utama dalam program flagship KPN iaitu Kembara Perpaduan Malaysia MADANI.
Pesta Kanowit pada kali ini akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti Kanowit RC Boat Challenge, Fun Fair & Trade Fair, Kanowit Power Boat Race, jualan Rahmah, pameran agensi, Majlis Tradisi (Adat Miring), Majlis Perasmian Kanowit Waterfront, dan Ratu Pesta Kanowit. Acara-acara kemuncak akan berlangsung pada 20 – 22 September 2024.
Pesta ini bukan sahaja meraikan sejarah dan tradisi tetapi juga mengiktiraf pelbagai budaya dan sumbangan yang telah membentuk identiti kita. Dari tarian tradisional hingga makanan tempatan yang lazat, setiap elemen pesta ini adalah cerminan daripada kekayaan budaya kita yang unik. Dengan menghargai kepelbagaian budaya, kita dapat memperkukuh perpaduan dan keamanan dalam masyarakat kita.
Marilah kita semua terus memupuk semangat menghargai dan memelihara warisan budaya kita, serta berusaha untuk hidup dalam keharmonian dengan menerima dan menghormati kepelbagaian yang ada di sekeliling kita.