Siakap Keli

Ronaldo Kini Ada 1 Bilion Pengikut

Ronaldo Kini Ada 1 Bilion Pengikut

Populariti yang dimiliki oleh bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo kini terbukti tidak terhad dalam kalangan komuniti sukan itu sahaja semata-mata.

Ia selepas pemenang Ballon d’Or lima kali itu kini memiliki lebih 1 bilion pengikut di pelbagai platform media sosial.

Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh beliau sendiri menerusi hantaran yang dimuat naik di platform X miliknya, sebentar tadi.

Lebih manis, beliau menjadi manusia pertama yang berjaya mengumpul jumlah pengikut mencecah bilion di media sosial.

“Sejarah tercipta, 1 bilion pengikut. Ia lebih daripada sekadar nombor, tetapi sebaliknya adalah adalah bukti kepada semangat, kemahuan dan kecintaan yang dikongsi bersama terhadap sukan ini dan perkara lain.

Ronaldo, manusia pertama ada 1 bilion pengikut di media sosial

“Bermula daripada kawasan jalanan di Madeira sehingga ke pentas terbesar di dunia, saya sentiasa bermain bola sepak untuk keluarga dan untuk anda semua.

“Kini dengan 1 bilion pengikut, kita berdiri bersama-sama. Anda ada bersama dengan saya dalam setiap langkah, melalui suka dan duka bersama-sama.

“Pengembaraan ini adalah pengembaraan kita semua, dan dengan bersama-sama, kita membuktikan bahawa tiada had untuk apa yang kita boleh capai,” kata Ronaldo.

BACA: Ten Hag Perlu Dengar Cakap Ruud Van Nistelrooy, Jika Mahu Bina Semula MU – Ronaldo

Beliau seterusnya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang terus mempercayai dan menyokongnya selama ini.

“Banyak lagi yang hendak dicapai. Jadi kita akan terus berusaha, menang dan mencipta sejarah bersama-sama,” katanya lagi.

https://x.com/Cristiano/status/1834345123695538499

Hasil semakan yang dibuat, Ronaldo kini mempunyai lebih 113 juta pengikut di platform X dan lebih 170 juta pengikut di Facebook.

Manakala di Instagram pula, beliau mempunyai jumlah pengikut melebihi 639 juta orang. Sementara menerusi saluran Youtube yang baru dibuka, Ronaldo mengumpul jumlah lebih 60 juta langganan.

Apa yang mengagumkan, Ronaldo turut mencipta rekod dunia apabila muncul sebagai Youtuber terpantas yang berjaya mengumpul 1 juta langganan.

Beliau mencatatkan rekod tersebut dalam tempoh 1 jam 29 minit sahaja.

Menerusi saluran berkenaan, Ronaldo banyak berkongsi tentang kehidupan peribadi bersama anak-anak dan keluarganya.

Selain itu, beliau turut pernah menjemput tetamu-tetamu luar terdiri daripada bekas pemain bola sepak untuk muncul di Youtube tersebut.

Sumber: Cristiano Ronaldo

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.