Siakap Keli

Tempoh 4 Bulan Getir Buat Rakyat Malaysia, Peluang Nak Berjimat Menjelang 11 November

Hanya berbaki empat bulan sahaja, tahun 2024 akan melabuhkan tirai memberi peluang kepada tahun 2025 membuka lembaran baharu, mencipta seribu satu kenangan selama 365 hari. Pada hujung-hujung tahun ini jugalah, antara bulan yang kritikal buat sesetengah orang dan boleh dikatakan tempoh getir kerana banyak menggunakan wang demi membayar keperluan hidup.

Hujung tahun memang tidak lari daripada membayar cukai, roadtax kenderaan, percutian dan bermacam lagi. Jika tiada persediaan dilakukan, kemungkinan tempoh akhir tahun ini menjadi tempoh yang kritikal dalam hidup seseorang.

Maklumlah, gaji bulanan terpaksa digunakan separuh untuk membayar keperluan hingga adakalanya tiada yang tinggal untuk berbelanja diri. Membayangkan sahaja sudah cukup ngeri, apatah lagi jika menghadapinya.

Jadi, mahu tidak mahu ramai yang sudah memilih untuk berjimat cermat demi simpanan masa hadapan. Di mana ada diskaun dan promosi, di sanalah ramai akan pergi.

Berita gembira buat semua, Festival OHMYDIN! bakal tiba

Sempena festival ini, MYDIN menganjurkan Sambutan Ulang Tahun 2024 secara besar-besaran di mana pelbagai promosi menanti misalnya seperti Hari-Hari MYDIN Murah (HHMM), yang diadakan tiga hari dalam seminggu Jumaat hingga Ahad, promosi OHMYDIN Happy Hour dan Jom Durian yang menawarkan cabutan bertuah buat pengunjung.

Tidak hanya itu, MYDIN juga menyediakan promosi Ganjaran Berganda yang memerlukan  pembeli membayar barangan menggunakan e-wallet, kemudian aktiviti Fun Run yang berlangsung selama empat hari dan promosi Belian dengan Belian (PWP) yang dikhaskan untuk pemegang Kad Meriah Biru.

Setiap hari ada sahaja promosi yang membolehkan pelanggan berbelanja dengan cermat dan promosi MYDIN ini berlangsung selama 12 minggu di seluruh negara. Untuk promosi HHMM, ia mengetengahkan barangan yang segar antaranya ikan, ayam dan lain-lain yang secara tidak langsung mengurangkan perbelanjaan pelanggan untuk bulan itu.

Dengan hanya pembelian sebanyak RM150 dalam satu resit, pelanggan yang memegang Kad Meriah Biru secara automatik layak menyertai promosi PWP sekaligus dapat membeli produk pada harga yang rendah pada setiap Selasa hingga Khamis.

Selain itu, MYDIN Payflex juga menawarkan pulangan cashback sebanyak RM15 untuk individu yang baru mendaftar (limit kepada 5,000 pengguna), manakala RM5 untuk individu yang telah lama mendaftar (limit kepada 5,000 pengguna).

Pembelian yang dibuat sebanyak RM200 dalam satu resit turut membolehkan pelanggan menikmati ganjaran PWP. Ingat bayar menggunakan MYDIN Payflex sahaja tau!

Promosi lebih menarik dengan adanya Happy Hour. Pada kali ini, promosi tersebut dijalankan selama satu jam pada empat waktu yang berlainan.

Yang pertama pada jam 10 pagi hingga 11 pagi, kemudian disambung pada jam 2 petang hingga 3 petang dan diikuti pada jam 5 hingga 6 petang. Happy Hour yang terakhir akan bermula pada 8 hingga 9 malam dan hanya dilakukan pada lapan cawangan MYDIN yang terpilih.

Cawangan tersebut ialah MYDIN USJ, MYDIN Tunjong, MYDIN MITC,MYDIN Meru Raya, MYDIN Bukit Mertajam, MYDIN Mutiara Rini, MYDIN Seremban 2 dan MYDIN Sandakan.

Tak lupa juga Oppo Contest, Hari-hari Belanja & Menang wang tunai lebih daripada RM67,000. Kempen ini khas untuk pemegang Kad Meriah Biru, dengan pembelian sebanyak RM167 ke atas.

Penyertaan akan dibuat sekiranya pelanggan hantar gambar resit serta taip OHMYDIN67XOPPO dan hantar melalui WhatsApp pada nombor 0162415308. Hanya jawab dua soalan mudah, pelanggan berpeluang memenangi produk Oppo.

Sementara itu, promosi Ganjaran Berganda membolehkan pelanggan mendapat cashback melebihi RM67,000 jika membuat bayaran melalui e-wallet di MYDIN berdekatan.

MYDIN juga tidak melepaskan peluang untuk melakukan kolaborasi dengan beberapa jenama terkenal seperti Adabi, Carrier Junior, Puteri dan Lifebuoy. Dengan membeli salah satu barangan empat jenama itu di aplikasi MYDIN, pelanggan akan menerima notifikasi akses kepada permainan sekaligus melayakkan diri menyertai promosi Cash OutxMYDIN.

Pemenang promosi akan diumumkan melalui leaderboard MYDINPay dan pemenang bakal menerima ganjaran melalui e-dompet tunai melalui aplikasi tersebut.

Memandangkan musim durian sudah tiba, MYDIN juga mengambil peluang melakukan Jom Durian yang akan diadakan pada dua lokasi iaitu di Penang pada 7 September ini dan Johor pada 5 Oktober nanti. Pembelian tiket boleh dibuat di kaunter.

Pastikan mempunyai aplikasi MYDIN Rewards supaya tidak terlepas untuk mengumpul mata di gerai yang disediakan di sembilan cawangan iaitu MYDIN Subang Jaya, MYDIN Tunjong, MYDIN Seremban 2, MYDIN Meru Raya, MYDIN Vista Tunku, MYDIN Mutiara Rini, MYDIN Bukit Mertajam, MYDIN Sejati Ujana dan juga MYDIN Melaka.

Sambutan tidak akan menjadi meriah sekiranya tiada Fun Run yang dilakukan di empat lokasi MYDIN iaitu di MYDIN USJ, MYDIN  MITC, MYDIN Tunjong Kelantan dan MYDIN  Petra Jaya.

Bayaran RM5 dari setiap peserta Fun Run akan disumbangkan kepada Mydin Prihatin dan jangan lepaskan peluang untuk sertai Fun Run yang akan berlangsung pada 21 September ini di MYDIN MITC, daftar di sini.

Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila lawati MYDIN berdekatan dan lawati Facebook, Tiktok dan laman web rasmi MYDIN untuk tidak lepaskan peluang merebut promosi ini!

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.