Siakap Keli
muka pemancing harimau
Gambar: TikTok Nazrie_Iskandar

“Muka Dia Besar Rim 14 Inci”, Pemancing Dedah Detik-detik Disergah Harimau

“Muka Dia Besar Rim 14 Inci”, Pemancing Dedah Detik-detik Disergah Harimau

Memancing merupakan antara aktiviti yang dijadikan hobi masa lapang oleh kebanyakan lelaki di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.

Keterujaan apabila mata kail disambar penghuni dasar sungai dan lautan adalah perasaan yang sangat sukar digambarkan.

Apabila ‘lawan’ berjaya ditundukkan atau didaratkan, rasanya seolah-olah sedang menjulang trofi kemenangan yang sangat-sangat didambakan sekian lama, kan?

Dalam pada itu, lokasi kita memancing juga sering menyimpan seribu satu cerita sekaligus menjadi memori yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Misalnya dua pemuda dalam video yang menjadi tular sejak beberapa hari lepas apabila mereka disergah Raja Rimba ketika sedang memancing di sebatang sungai.

Pemancing disergah harimau, kongsi pengalaman tidak dapat dilupakan

Ngeri apabila difikirkan, namun mujurlah tiada kejadian yang tidak dingini berlaku kepada kedua-duanya.

Melalui satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook milik salah seorang daripada pemuda tersebut, Mohamad Aźmir berkongsi sedikit pengalaman saat bertemu dengan Pak Belang itu.

Dalam hantaran berkenaan, Aźmir sempat menggambarkan rupa dan fizikal harimau tersebut saat pertama kali berada di depan mereka.

Kata pemuda tersebut, harimau berkenaan dianggarkan mempunyai ketinggian paras pinggangnya, kira-kira tiga kaki setengah.

“Besar muka harimau itu macam sport rim (bersaiz) 14 inci apabila bulunya sudah kembang,” katanya.

Berdepan dengan situasi genting sedemikian, Aźmir meluahkan rasa syukur kerana tiada kejadian yang lebih buruk berlaku kepada mereka.

“Alhamdulillah masih dipanjangkan umur,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Aźmir berkata dia bersama seorang rakan kembali semula ke lokasi kejadian untuk mencari beg galas miliknya yang dilarikan harimau berkenaan.

Kata Aźmir, dia nekad untuk mencari beg berkenaan kerana di dalam beg tersebut ada barang berharga iaitu telefon pintar peribadi, Iphone 13 Pro.

Apa pun, pengalaman yang dilalui oleh dua pemuda berkenaan merupakan pengalaman berharga yang sudah pasti tidak ingin dirasai orang lain sama sekali.

Kepada kaki pancing, bolehlah lebih berhati-hati dan memeriksa dahulu keselamatan port memancing anda sebelum melabuhkan mata kail di dasar lubuk selepas ini, ya.

https://www.facebook.com/siakapkelitv/videos/1185180545915153

BACA: Pintu Sempadan Negara Sesak, Orang Ramai Ambil Peluang Bercuti Ke Thailand

Sumber: Mohamad Aźmir

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.