Tular Penampakan Didakwa Ikan Paus Di Pulau Redang
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan penampakan didakwa seekor ikan paus di Pulau Redang, Terengganu pada Sabtu.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @Akihirosan, ia menunjukkan ikan paus tersebut berada berdekatan dengan bot yang dinaiki olehnya.
Lelaki itu turut mendakwa penemuan tersebut adalah kali pertama ditemukan di pulau itu.
“Buat pertama kali ikan paus ditemui di Pulau Redang,” memetik kapsyen di video berkenaan.
Video berdurasi 39 saat itu menjadi tular susulan suara latarnya yang menjerit ketika melihat mamalia laut itu di hadapannya hingga meraih perhatian ramai.

Difahamkan, kehadiaran ikan paus itu disedari oleh sekumpulan individu yang menaiki bot di pulau tersebut.
“Ikan paus, ikan paus, ikan paus, ikan paus, ikan paus,” jeritnya dalam video tersebut.
Meskipun video yang dipaparkan sedikit pendek namun cukup jelas memaparkan penampakan ikan paus berwarna biru tua itu sedang berenang berdekatan dengan bot mereka.
“Ikan paus, ikan paus…”
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat lelaki tersebut kerana hampir menyebut berpuluh kali perkataan ‘ikan paus’.
Sesetengah mereka juga ada yang berseloroh mamalia laut itu ingin turut serta dalam program RXZ Members 6.0 yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.
“Sebut ikan paus sahaja dekat 1,500 kali hahaha,” komen warga maya.
“Kiraan yang dicatat untuk perkataan ‘ikan paus’ adalah sebanyak 52 kali,” seloroh warga maya.
“Mungkin ikan paus tu nak ikut pergi RXZ Members hahaha,” ujar salah seorang komentar.
@akihiro_san28 Buat pertama kali ikan paus di temui di pulau redang #fyp #pulauredang #ikanpaus #utusantv #mstar #majoriti
Sumber: @Akihirosan/TikTok
BACA: Tak Pasal-pasal Jadi Duta, Pemuda Minta Sunting Gambar Suasana Merdeka Buat Ramai Terhibur