Siakap Keli
penstabilan harga

Inisiatif Penstabilan Harga Saham Di Sabah, Sarawak Dan WP Labuan

Inisiatif Penstabilan Harga Saham Di Sabah, Sarawak Dan WP Labuan

KOTA KINABALU, 17 September 2024 – Hari ini telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan Harga (JPH) di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan Bil. 2/2024 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji  Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PeralihanTenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Jawatankuasa ini telah diumumkan penubuhannya oleh YAB Perdana Menteri dalam Mesyuarat Jemaah Menteri  pada 13 Disember 2023 sebagai platform dalam meneliti isu-isu, cabaran serta melaksanakan kajian berhubung masalah harga barangan dan perkhidmatan di Sabah dan Sarawak.

Jawatankuasa ini turut akan menyediakan cadangan strategi dan mekanisme dalam penstabilan harga di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan. 

Mesyuarat kali kedua ini telah membincangkan tiga kertas pertimbangan dan dua kertas makluman. Tiga kertas pertimbangan yang dibentangkan ialah Pembangunan Industri Jagung Bijian oleh Kementerian Pertanian dan  Keterjaminan Makanan, Inisiatif Penstabilan Harga Barangan dan Perkhidmatan di bawah Kerajaan Negeri Sabah dan Inisiatif Penstabilan Harga Barangan dan Perkhidmatan di bawah Kerajaan Negeri Sarawak.

penstabilan harga

Manakala, dua kertas  makluman yang dibincangkan pula ialah Laporan Dapatan Awal (Fasa Interim)  bagi Kajian Penstabilan Harga di Sabah dan WP Labuan oleh Universiti Malaysia Sabah(UMS) dan Laporan Dapatan Awal (Fasa Interim) bagi Kajian Penstabilan Harga di Sarawak oleh Universiti Malaysia sarawak (UNIMAS).

Pembangunan Industri Jagung Bijian Di Malaysia 

Mesyuarat hari ini telah bersetuju supaya inisiatif pembangunan jagung bijian  secara bersepadu dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Inisiatif ini adalah perlu untuk mengurangkan kebergantungan import sumber makanan bagi industri ternakan yang selama ini menyumbang kepada faktor kos pengeluaran yang tinggi sekali gus mempengaruhi harga bekalan yang tinggi di pasaran.

Mesyuarat  juga memutuskan supaya Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dilibatkan secara kolaboratif dan holistik melalui Jawatankuasa Industri Jagung Bijian Negara  (NGCIC) yang akan dipengerusikan oleh YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.  

penstabilan harga

Inisiatif Penstabilan Harga Barangan dan Perkhidmatan Kerajaan Negeri  Sabah dan Sarawak 

Mesyuarat mengambil maklum inisiatif-inisiatif dan syor-syor yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dan meminta supaya dijadikan rujukan dalam Kajian Penstabilan Harga Sabah, Sarawak dan WP Labuan serta dipertimbangkan oleh agensi pusat dan kementerian persekutuan berkaitan. 

Laporan Dapatan Awal Kajian Penstabilan Harga Sabah, Sarawak dan WP  Labuan 

Mesyuarat hari ini turut mengambil maklum mengenai dapatan awal Kajian Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang telah dimulakan  pada Mei 2024 dan dijangka selesai pada November 2024. Laporan lengkap  kajian ini akan dibentangkan di dalam Mesyuarat JPH Sabah, Sarawak dan WP Labuan akan datang yang dijadualkan pada bulan Disember 2024.

Hasil dan  dapatan daripada kajian ini akan dijadikan sebagai asas pertimbangan bagi penambahbaikan inisiatif sedia ada dan juga cadangan inisiatif baharu pada masa akan datang berkaitan penstabilan harga di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.  

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.