Siakap Keli
transformers one

Transformers One: Membawa Pengalaman Padu di Cybertron

Transformers One: Membawa Pengalaman Padu di Cybertron

Transformers One bawak kita kembali ke zaman asal kat planet Cybertron, cerita asal-usul Optimus Prime dengan Megatron. Filem animasi ni tunjuk camne dua sahabat baik, Orion Pax (yang akhirnya jadi Optimus Prime) dengan D-16 (yang berubah jadi Megatron), boleh jadi musuh sebab tak sehaluan pasal prinsip hidup masing-masing.

Suara latar pelakon memang mantap, terutamanya Chris Hemsworth yang berjaya hidupkan watak Orion Pax, dan Bryan Tyree Henry sebagai D-16. Lakonan Bryan sebagai D-16 memang padu, terutama bila dia gambarkan pergelutan dalaman yang bawak D-16 berubah jadi Megatron. Perjalanan daripada seorang yang idealistik kepada penjahat memang jelas.

Jalan cerita ni ikut kisah hidup Orion Pax, dari seorang pekerja lombong Energon biasa, sampai dia jadi Optimus Prime, ketua kepada Autobots. Dari segi perkembangan watak, kita boleh nampak perubahan dia bukan je dari segi fizikal, tapi juga dari segi emosi. Konflik dengan D-16 makin lama makin tegang, bawak kepada pertarungan yang cukup hebat.

transformers one

Aksi Gempak, Visual Memukau

Dari segi visual, Transformers One memang tip top. Pertempuran antara robot besar kat Cybertron nampak sungguh mengagumkan, dengan perincian yang cukup halus. Latar belakang Cybertron, terutamanya masa senja, memang buat dunia robot ni nampak lagi hidup. Setiap babak aksi penuh dengan debaran, memang takkan bagi penonton berkelip mata.

transformers one

Humor Selit, Watak-Watak Sampingan Power

Walaupun filem ni penuh dengan aksi, ada jugak selingan humor yang santai, terutamanya dari Bumblebee, yang kadang-kadang buat kita senyum dengan telatah dia. Watak-watak macam Elita One dan beberapa watak baru jugak bagi nafas segar dalam jalan cerita. Walaupun watak mereka tak banyak, impak tetap terasa.

transformers one

Kesimpulan

Transformers One berjaya gabungkan aksi yang hebat dengan jalan cerita yang mendalam. Filem ni bukan sekadar menghidupkan semula watak-watak kegemaran peminat, tapi jugak memperluas dunia Transformers dengan cara yang lebih menarik dan kompleks.

Sama ada korang peminat tegar Transformers atau baru nak kenal dunia ni, filem ni pasti beri korang pengalaman yang cukup padu, penuh aksi, dan buat korang lagi faham kenapa Transformers ni legend.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.