Siakap Keli
anak saman ibu attack on titans
Gambar: Liberty Time Net

Berang Koleksi Manga “Attack On Titans” Dibuang, Anak Nekad Saman Ibu Sendiri

Berang Koleksi Manga “Attack On Titans” Dibuang, Anak Nekad Saman Ibu Sendiri

Seorang anak nekad menyaman ibu sendiri selepas tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu membuang koleksi manga Attack On Titans miliknya.

Menurut portal berita Liberty Time Net, kejadian berkenaan berlaku di Chiayi, Taiwan melibatkan seorang lelaki berusia 20-an dengan ibunya yang sudah pun berumur sekitar 60 tahun.

Difahamkan, hubungan anak-beranak itu tidak berada dalam keadaan baik dan tindakan wanita itu mengeruhkan lagi suasana.

Si ibu dikatakan memang tidak berpuas hati dengan hobi anak lelakinya yang suka mengumpul manga hingga menyebabkan rumah mereka sesak.

Anak saman ibu sendiri, tak puas hati manga Attack on Titans dibuang

Dalam kejadian yang berlaku pada Februari lepas, si ibu menyangka koleksi manga Attack on Titans sebanyak 32 jilid (set penuh 34 jilid) milik anaknya yang dibiarkan di kawasan tangga rumah mereka sudah rosak.

Si ibu kemudian bertindak membuang semua manga berkenaan untuk dikitar semula tanpa bertanya dan meminta izin terlebih dahulu daripada anaknya.

Tindakan itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan anaknya sehingga dia bertindak nekad untuk menfailkan saman terhadap wanita tersebut.

Kes tersebut turut disiasat pihak berkuasa tempatan dan diputuskan oleh Mahkamah Daerah Chiayi baru-baru ini.

Menurut keputusan mahkamah, tindakan wanita itu melupuskan manga milik anaknya tanpa kebenaran telah melanggar undang-undang domestik.

Didenda NT$5,000 dan perlu laksana hukuman kerja sosial

Mahkamah kemudian memerintahkan wanita berkenaan membayar ganti rugi sebanyak NT$5,000 kepada anaknya dan dihukum melakukan kerja sosial selama lima hari.

Liberty Time Net melaporkan, mahkamah pada mulanya mencadangkan agar lelaki itu melakukan mediasi dengan ibunya dan turut meminta wanita itu melakukan permohonan maaf.

Bagaimanapun cadangan itu ditolak oleh pemuda itu dan dia mahu meneruskan tuntutan saman tersebut. Mahkamah seterusnya memulakan perbicaraan awam berdasarkan kesalahan merosakan harta-benda.

BACA: CEO GISBH, Isteri Dan Anak Bekas Pemimpin Al-Arqam Antara 19 Ditahan Polis

BACA: Tiga Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah Lakukan Amang Seksual

Sumber: Liberty Time Net, TTV News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.