Siakap Keli
ipta wpp

26,534 Pelajar Baharu IPTA Ditawarkan WPP Melibatkan RM39.8 Juta

26,534 Pelajar Baharu IPTA Ditawarkan WPP Melibatkan RM39.8 Juta

1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai agensi di bawah  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited memastikan tiada pelajar yang tercicir ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Awam dan Politeknik kerana masalah kewangan. Pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 kepada setiap pelajar yang layak adalah bertujuan untuk menampung sebahagian  perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki Universiti Awam dan Politeknik sekali  gus menjaga kebajikan para pelajar.

2. WPP ini diberikan kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang telah  memberikan persetujuan menerima WPP semasa membuat permohonan kemasukan  IPTA melalui UPUOnline atau melalui portal kemasukan IPTA. Selain itu, ibu bapa atau  penjaga pelajar juga merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta  memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Semenjak WPP diperkenalkan pada  tahun 1999 hingga 31 Ogos 2024, seramai 980,120 pelajar telah menerima manfaat ini  dengan peruntukan berjumlah RM1.45 bilion. 

3. Bagi kemasukan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda ke IPTA sesi Oktober 2024  ini, seramai 26,534 pelajar telah ditawarkan WPP yang melibatkan peruntukan sebanyak  RM39.8 juta. Pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP mulai 24 September 2024 melalui aplikasi myPTPTN dan boleh menunaikannya di kaunter Bank Islam Malaysia  Berhad (BIMB) di seluruh negara. Pelajar hanya perlu membawa bersama cetakan surat  tawaran WPP dan juga MyKad pelajar (wakil adalah tidak dibenarkan). Tempoh sah laku WPP adalah selama dua (2) bulan iaitu mulai 24 September 2024 hingga 23 November  2024.

ipta wpp

4. Penyerahan WPP kepada pelajar-pelajar yang hadir pada hari ini telah  disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan  Tinggi. Turut hadir YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN, YB Datuk  Dr. Azhar Ahmad, Ahli Dewan Negara merangkap Penyelaras Kawasan Beruas, YBrs.  Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN dan Encik Andi Nurali  Mohamed, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Perak.

5. Di Negeri Perak, seramai 2,287 orang pelajar ditawarkan WPP dengan peruntukan  berjumlah RM3.43 juta. Manakala bagi kawasan Lumut, seramai 185 pelajar telah  ditawarkan WPP melibatkan peruntukan berjumlah RM277,500 dan kawasan Beruas,  seramai 30 pelajar ditawarkan WPP melibatkan peruntukan berjumlah RM45,000.

6. Untuk makluman, para pelajar boleh membuat permohonan pinjaman PTPTN  secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN mengikut tarikh permohonan yang  ditetapkan bagi setiap IPTA. Pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN perlu  mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) yang boleh  dibuka melalui aplikasi myPTPTN.

7. Para pelajar boleh merujuk kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Awam dan Politeknik masing-masing atau terus menghubungi PTPTN sekiranya terdapat  sebarang pertanyaan. Maklumat lanjut berkenaan WPP PTPTN dan pinjaman PTPTN juga  boleh diperoleh melalui aplikasi myPTPTN untuk perkhidmatan yang lebih mudah, cepat  dan selamat.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.