Siakap Keli
banjir di kedah

3000 Pek Makanan Siap Untuk Diagihkan Kepada Mangsa Banjir di Negeri Kedah

3000 Pek Makanan Siap Untuk Diagihkan Kepada Mangsa Banjir di Negeri Kedah

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kedah dengan sokongan Ibu  Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia bersiap siaga untuk memberi bantuan kepada hampir 3000 keluarga di sekitar Negeri Kedah baru-baru ini. 

Susulan itu, 3000 pek makanan sudah disiapkan dan akan diagihkan di 5  daerah termasuk Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang dan Bandar Baharu. 

Pek makanan ini merupakan sumbangan daripada syarikat korporat yang  terdiri daripada Nestle, Hurix’s, Beras Jati, Lotus dan Ninso dengan  kerjasama para sukarelawan daripada pihak Institut Perguruan Darul Aman  (IPDA), Kolej Keda, Persatuan Warga Emas Kota Setar dan Majlis Belia  Negeri Kedah. 

banjir di kedah

Selain daripada pemberian pek makanan, BSMM Kedah juga telah menggerakkan 81 anggota para sukarelawan untuk berperanan dalam  pencegahan penyakit berjangkit akibat air, khidmat sokongan psikososial  kepada mangsa banjir dan akan membersihkan kediaman di kawasan kawasan yang telah dikenalpasti terjejas teruk. 

banjir di kedah

Majlis penyerahan bantuan barangan ini telah berlangsung di SMK  Pendang pada 23 September 2024, dengan turut dihadiri oleh wakil-wakil  daripada syarikat korporat yang menyumbang, pegawai daerah, wakil Polis  Diraja Malaysia (PDRM), wakil-wakil agensi seperti Pejabat Pendidikan Negeri Kedah, Bomba Malaysia, dan Pejabat Pendidikan Daerah Pendang. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.