Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
produk malaysia disangka milik indonesia
Gambar: Fipper/BERNAMA/Mamee

Ini 5 Produk Malaysia Yang Disangka Milik Indonesia

Iqbal Yasir

Ini 5 Produk Malaysia Yang Disangka Milik Indonesia

Kadangkala, kita sering menyangka barangan atau produk yang dijual di pasaran adalah buatan tempatan, namun hakikatnya ia berasal dari luar negara.

Contohnya, produk manisan coklat Choki Choki yang sering disangka jenama tempatan sebenarnya dihasilkan di Indonesia.

Disebabkan ia popular, produk ini berjaya menembusi pasaran luar negara sehingga ramai rakyat tempatan tidak menyedari ia adalah produk asing.

Begitu juga dengan lima produk Malaysia ini yang sering dianggap produk lokal oleh rakyat Indonesia, menurut satu akaun media sosial Indonesia, @Jembar.Digital.

1. Maybank

Gambar: BERNAMA

Nama ‘Maybank’ sahaja sebenarnya sudah cukup jelas menunjukkan bahawa ia merupakan syarikat kewangan dari Malaysia.

Di Indonesia, bank ini dikenali sebagai Bank Maybank Indonesia dan sangat terkenal sebagai salah satu bank swasta terkemuka.

Bank ini dahulunya dikenali sebagai Bank Internasional Indonesia sebelum menjadi sebahagian daripada Kumpulan Malayan Banking Berhad (Maybank).

Pada tahun 2023, Maybank memiliki 337 cawangan di seluruh Indonesia, termasuk cawangan Syariah.

2. Fipper

jenama di Indonesia milik malaysia
Gambar: Fipper

Jenama selipar Fipper sering menimbulkan kekeliruan mengenai asal usulnya kerana terdapat kedai-kedai Fipper di pelbagai lokasi termasuk di Indonesia.

“Mungkin ramai yang menyangka ia dari Thailand. Sandal Fipper terkenal dengan keselesaan dan reka bentuk yang ringkas namun menarik. Sandal ini banyak dijual di pusat beli-belah dan pasar tradisional di Indonesia,” tulis Jembar Digital.

Menurut Fipper, syarikat ini pertama kali ditubuhkan pada tahun 2008 sebagai sebuah kedai kecil yang dijalankan secara fizikal di Sungai Wang, Kuala Lumpur (tiada atas talian).

Bagaimanapun, ia semakin berkembang menjadi sebuah jenama kasut terkemuka selepas menarik minat orang ramai.

Kepelbagaian warna dan keselesaan berjaya menarik minat ramai pengguna hingga ke peringkat global.

Pada 2010, Fipper secara rasmi telah dikomersialkan di luar negara seperti Vietnam, Indonesia, Kemboja, Brunei, Mauritius, Korea Selatan dan Singapura.

Sehingga kini, ia menjadi salah satu jenama kasut paling berjaya di Malaysia.

3. Pasar Raya Giant

Gambar: BERNAMA

Sebut sahaja Giant, tentu anak-anak zaman 90-an sangat sinonim dengan pusat beli-belah ini suatu ketika dahulu.

Menurut Giant, perniagaan bekalan makanan ini ditubuhkan oleh mendiang Teng Yew Huat buat pertama kali pada tahun 1944 di Sentul Pasar, Malaysia.

Sejak itu, ia semakin berkembang pesat dengan pembukaan Pusat Pasar Mini Teng di Bangsar pada tahun 1974 termasuk pasar raya yang berjaya merentasi sempadan negara.

Maklum Jembar.digital, di Indonesia, Giant pernah menjadi tumpuan ramai untuk membeli barangan keperluan harian.

Namun, akibat persaingan yang sengit, Giant tidak lagi beroperasi di sana dan kini dikenali sebagai GCH Retail Sdn Bhd.

4. Mister Potato

jenama di Indonesia milik malaysia
Gambar: Mamee.com

Mister Potato, salah satu jenama kerepek kentang yang terkenal di peringkat antarabangsa, sebenarnya berasal dari Malaysia.

Jenama ini dimiliki oleh Syarikat Mamee-Double Decker yang berpusat di Melaka.

Peniagaan kecil ini mula diasaskan oleh Datuk Pang Chin Hin dan kolaborasi kilang mi segera pada 1971.

Syarikat ini banyak menghasilkan pelbagai produk kegemaran ramai seperti snek Mamee Monster dan banyak lagi.

Pada 1992, Mister Potato buat kali pertama telah dihasilkan dan berjaya menarik minat orang ramai.

Difahamkan, produk ini boleh ditemui di 100 negara, menjadikannya jenama Malaysia yang sering disangka jenama antarabangsa.

5. AirAsia

Gambar: BERNAMA

AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang popular di rantau Asia Tenggara, termasuk Indonesia.

Ia diasaskan oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun pada tahun 2001.

Syarikat ini bermula sebagai penerbangan tambang murah tempatan di Malaysia sebelum berkembang pesat menjadi penerbangan antarabangsa.

AirAsia mempunyai lebih 200 pesawat dengan lebih 21,000 kakitangan di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja dan negara lain.

Di Indonesia, syarikat itu kini mempunyai satu ibu pejabat dan 16 pejabat perkhidmatan serta jualan di 12 bandar utama.

BACA: Kenali Pipa Yuan, Restoran ‘Hotpot’ Terbesar Dunia, Muat Hampir 6 Ribu Pelanggan

BACA: IOI City Mall Putrajaya Cari Imam Surau Sepenuh Masa

BACA: Isu Daftar Masuk & Keluar Premis Penginapan Terus Dapat Perhatian

Sumber: Instagram Jembar Digital, Maybank, Fipper, Giant, Mamee-Double Decker, AirAsia