Siakap Keli
derma koleksi set tagung kadazan

Majlis Derma Koleksi Set Tagung Kadazan, Hargai Sumbangan Koleksi Oleh Pertubuhan Kadazan Sabah

Majlis Derma Koleksi Set Tagung Kadazan, Hargai Sumbangan Koleksi Oleh Pertubuhan Kadazan Sabah

Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Majlis Derma Koleksi Set Tagung  Kadazan telah diadakan bagi menghargai sumbangan koleksi oleh Pertubuhan  Kadazan Sabah (Kadazan Society Sabah) kepada Jabatan Muzium Malaysia  pada 20 September 2024 bertempat di Ruang Tengah, Pameran Raja Kita, Jabatan Muzium Malaysia. Ucapan penghargaan telah disampaikan oleh YBhg.  Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim. 

Jabatan Muzium Malaysia telah menerima sumbangan Koleksi Set Tagung  Kadazan daripada Pertubuhan Kadazan Sabah (Kadazan Society Sabah) yang terdiri 8 koleksi seperti set tagung, gendang dan satu set kulintangan. Set  Tagung Kadazan yang berusia lebih 100 tahun ini merupakan koleksi asal milik 

Datuk Seri Panglima Marcel Leiking yang merupakan Presiden Pertubuhan  Kadazan Sabah (Kadazan Society Sabah). 

Tagung ini diperbuat di Brunei semasa North Borneo (Sabah) dikuasai oleh  Kesultanan Brunei sekitar 1700-an. Tagung tersebut dibawa oleh peniaga dari  Brunei ke pesisir Pantai North Borneo dan kemudian dibawa ke kawasan pedalaman. 

derma koleksi set tagung kadazan

Penyerahan koleksi ini bertepatan dengan Kempen Derma Koleksi yang telah dilancarkan pada 7 Disember 2021 yang bertujuan untuk melindungi dan melestari khazanah warisan negara melalui sumbangan koleksi peribadi  masyarakat yang bernilai dari sudut sejarah, seni, budaya dan alam semula jadi  kepada Jabatan Muzium Malaysia.

Penderma koleksi akan menerima 3 jenis manfaat antaranya ialah Sijil dan surat penghargaan sebagai menghargai  sumbangan kepada bangsa dan negara; Nama penderma akan terpapar pada kapsyen pameran setiap kali koleksi dipamerkan; dan penderma layak untuk inisiatif pengecualian cukai (Akta Cukai Pendapatan dibawah Subseksyen 44  (6A) – Hadiah artifak, manuskrip dan lukisan. 

Sebanyak 468 koleksi telah diterima daripada 31 orang penderma dari tahun 2020 hingga 2024 yang terdiri pelbagai klasifikasi koleksi seperti sampul surat,  permainan dan hiburan, matawang, alat perusahaan, senjata, pakaian dan  perhiasan diri.

derma koleksi set tagung kadazan

Majlis penyerahan Tagung Kadazan ini turut dihadiri oleh Datuk Seri Panglima  Marcel Leiking, Presiden Pertubuhan Kadazan Sabah (Kadazan Society Sabah),  YBrs. Encik Mohamad Shawali bin Haji Badi, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)  Jabatan Muzium Malaysia, YBrs. Encik Mohd Razaimi bin Hamat, Timbalan 

Ketua Pengarah (Permuziuman) Jabatan Muzium Malaysia, Encik Batholomew Jingulam, Setiausaha Agung Pertubuhan Kadazan Sabah (Kadazan Society  Sabah) dan Encik Humfrey J Suimin, Ketua Penolong Pengarah (Unit  Kemiskinan), Kementerian Ekonomi merangkap Bendahari Agung Pertubuhan Kadazan Sabah (Kadazan Society Sabah). 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.