Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
sekolah integriti
Kredit IG @izzaddaniel_

“Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku

Amira

“Saya adalah ‘sampah’ yang baru dikitar semula..”

Asalnya saya terlibat dengan dadah jenis Syabu, kalau orang panggil ‘Batu.’ Bila saya hisap dadah ni saya jadi ketagih, saya pula tak kerja masa tu. Jadi saya perlukan duit untuk ambil dadah. Macam mana saya nak dapatkan duit? Dengan cara menyamun, pecah rumah dan mencuri.

Begitulah luahan Muhammad Izzad Daniel Abdullah, 25, yang merupakan seorang bekas pelatih di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Pastinya ramai yang menafsirkan tempat berkenaan sebagai sebuah sekolah yang menempatkan pesalah juvana yang terlibat dengan kegiatan sosial dan perbuatan jenayah di usia masih mentah.

Mengimbau kembali detik hitam yang menghantui anak muda itu, Izzad dikatakan mula terjerumus dengan dadah jenis pil kuda seawal usianya mencecah 12 tahun. Dia kemudiannya menjadi penagih tegar jenis methamphetamine dan morfin apabila meningkat ke alam menengah.

Demi mendapatkan wang untuk membeli dadah, dia kemudiannya memilih jalan pintas untuk memecah masuk rumah, sebelum akhirnya tertangkap dan dihantar ke Sekolah Henry Gurney pada tahun 2016.

Menyentuh akan tanggapan orang sekeliling terhadapnya, bekas penghuni sekolah berkenaan seolah-olah tidak gentar berkongsikan ‘sejarah hitamnya’ di laman sosial untuk dijadikan iktibar pada anak muda di luar sana. Mana tidaknya, setelah 3 tahun menjadi penghuni di Sekolah Henry Gurney, pastinya banyak pengalaman pahit manis yang sukar dilupakan oleh Izzad.

“Di Henry Gurney kami tidur atas lantai yang berbekalkan selimut..

“Mula-mula sampai di blok Kasturi, saya kena lari beberapa pusingan. Dah habis lari kena berdiri dekat tengah court takraw. Waktu tu rasa macam nak pitam. Biasalah sebelum ni penagih, penagih ni lama tak berpeluh, sekali berpeluh rasa lain macam sikit,” ujarnya.

Begitulah luahan Izzad di Youtube rasmi miliknya sewaktu awal dia ditetapkan untuk menetap di Blok Kasturi, iaitu sebuah blok yang menempatkan pelatih baru selama tempoh 6 bulan.

Namun siapa sangka, dari tirai besi yang menempatkan pesalah juvana, kini Izzad merupakan seorang penulis yang berjaya menghasilkan bukunya sendiri yang berjudul ‘Peluang Kedua.’ Dalam masa yang sama, dia juga kini bergiat aktif dalam menyampaikan motivasi pada anak muda dengan harapan agar mereka tidak memilih jalan salah yang mampu merosakkan diri mereka.

Sekolah Henry Gurney

Bagi yang tidak mengetahui, Sekolah Henry Gurney menempatkan para penghuni yang dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Juvana.

Sehingga kini ini antara senarai Sekolah Henry Gurney yang didaftarkan di bawah kelolaan Jabatan Penjara Malaysia. Antaranya Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka, Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo, Kuching, Sarawak, Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah, dan Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu.

Kaji selidik Effectiveness of Education and Spiritual Rehabilitation in Henry Gurney School Telok Mas Melaka 2021 mencatatkan pelatih sekolah ini akan didedahkan dengan dua jenis pendidikan iaitu pendidikan formal (akademik) dan pembelajaran kemahiran. Mereka juga akan diberikan bimbingan kelas agama dan kaunseling.

Pelatih yang telah selesai menjalani pemulihan di sekolah ini, mereka bebas dari gelaran ‘bekas banduan’ dan juga bebas daripada rekod jenayah.

Sekolah Integriti

sekolah integriti

Namun ramai yang tidak maklum, Sekolah Henry Gurney bukanlah satu-satunya sekolah yang berada di bawah kelolaan Jabatan Penjara Malaysia. Adakah anda maklum dengan kewujudan Sekolah Integriti?

Sekolah Integriti adalah sebuah sekolah yang menempatkan prospek muda yang menjalani hukuman penjara di bawah perintah mahkamah selain dari Mahkamah Juvana. Prospek muda yang dimaksudkan terdiri daripada pesalah sabitan dan reman yang berumur kurang daripada 21 tahun.

Sehingga kini ini antara Sekolah Integriti yang berada di bawah kelolaan Jabatan Penjara Malaysia. Antaranya termasuklah Sekolah Integriti Sungai Petani, Sekolah Integriti Puncak Alam, Sekolah Integriti Wanita Kajang, Sekolah Integriti Marang, Sekolah Integriti Kluang , Sekolah Integriti Kuching, dan Sekolah Integriti Kota Kinabalu.

Dalam masa yang sama, Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek memaklumkan tahun 2022, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Sekolah Integriti mencatatkan pencapaian lulus 100 peratus. Seramai 86 pelajar telah menduduki peperiksaan tersebut dengan keputusan minimum 5A dan maksimum 7A.

Walaupun terpaksa mengikuti pengajaran dan pembelajaran di penjara, namun ia sedikit pun tidak menghalang anak-anak ini untuk terus berjaya. Salah satu pencapaian yang membanggakan dari seorang bekas penghuni Penjara Sungai Petani, Kedah (2019 – 2021) yang juga merupakan bekas pelajar di Sekolah Integriti, Penjara Sungai Petani, Muhammad Aiman Adanan berjaya membuktikan dia kini sedang berkhidmat di Eonmetall Group, Pulau Pinang dengan menyandang peranan sebagai QC Inspector sejak tahun 2022 sehingga kini.

Selepas dibebaskan pada tahun 2021, Aiman mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian di dalam Diploma Professional Teknologi Industri di Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI).

sekolah integriti

Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh pihak KPM dengan kerjasama Jabatan Penjara bagi memastikan setiap anak-anak tidak berhadapan dengan keciciran pendidikan. Kini KPM juga dalam usaha untuk memperkenalkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di semua Sekolah Integriti untuk memberi nilai tambah dan meningkatkan lagi produktiviti pelajar selain mempunyai prospek muda masa depan yang lebih cerah.

Ia sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan yang digariskan oleh KPM berhubung “Pendidikan Untuk Semua,” yang ternyata membuktikan sistem pendidikan di penjara juga tidak terlepas memberi peluang kepada penghuninya untuk terus menimba ilmu demi masa depan yang lebih terjamin.

Terbaru, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek sempat berkunjung ke Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu bagi menyantuni para pelajar di sana. Usaha ini adalah bagi memastikan tiada murid terpinggir tak kira di mana mereka berada.

Diharapkan kecaknaan pihak KPM dan Jabatan Penjara ini dapat memberi peluang lebih cerah buat para prospek muda untuk kembali dan memulakan hidup baru tatkala kembali kepada masyarakat.