Siakap Keli
keputusan peperiksaan sijil pelajaran malaysia ulangan
Sumber : BERNAMA

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan Tahun 2024

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan Tahun 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024  akan dikeluarkan pada 1 Oktober 2024 (Selasa). Seramai 8,195 orang  calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2024 di 187 pusat peperiksaan di seluruh negara. 

Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2024 melalui kaedah berikut:

1. Secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my mulai pukul 10:00 pagi pada 1 Oktober 2024 sehingga  pukul 6:00 petang pada 7 Oktober 2024; dan/atau

2. Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip  SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.  Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi pada  1 Oktober 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 7 Oktober 2024. 

KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2024. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.