Siakap Keli
mam festival of speed malaysia

MAM Festival Of Speed Malaysia 2024 Bakal Beraksi Di Sepang Pada Oktober Ini

MAM Festival Of Speed Malaysia 2024 Bakal Beraksi Di Sepang Pada Oktober Ini

KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER 2024 – Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Litar  Antarabangsa PETRONAS Sepang, dengan bangganya mengumumkan buat julung kalinya akan menganjurkan MAM Festival of Speed Malaysia 2024 pada  18 hingga 20 Oktober 2024 di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang. 

Festival ini akan menyaksikan acara sukan permotoran empat roda dan dua roda dengan menjanjikan keterujaan yang mendebarkan untuk peserta dan peminat yang hadir. 

Tujuh disiplin akan diadakan serentak semasa festival berlangsung iaitu: Karting Sprint

1. Karting Slalom

2. Rali

3. Gymkhana (Kereta)

4. Gymkhana (Motosikal)

5. E-Sport

6. Pocket Bike

7. Push Bike – Demo 

Acara yang dinanti-nantikan ini akan menyaksikan peserta dari Malaysia dan luar  negara bersaing dalam pelbagai disiplin sukan permotoran. Bagaimanapun, kategori Pocket Bike dan Moto Gymkhana hanya akan disertai secara eksklusif kepada pelumba Malaysia sahaja. 

Acara itu akan menyediakan peluang untuk pelumba baharu dalam  mempamerkan kemahiran mereka dan bersaing dengan pelumba-pelumba yang berpengalaman, dalam setiap disiplin ia dibahagikan kepada pelbagai kategori  dan kumpulan umur untuk menggalakkan penglibatan secara menyeluruh dalam sukan permotoran. 

mam festival of speed malaysia

Dan Acara demo Push Bike antara yang menjadi tarikan pada festival yang  berlangsung selama 3 hari itu.  

“Festival ini bukan sekadar pertandingan; ia mengenai memupuk minat terhadap sukan permotoran dan menjadikannya lebih mudah diakses dan lebih luas oleh  pelbagai golongan Masyarakat. Kami mahu mewujudkan persekitaran yang inklusif dan menyediakan platform untuk peminat sukan permotoran untuk mengalami adrenalin dan keseronokan sukan permotoran.” kata Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir. 

mam festival of speed malaysia

Visi festival yang lebih luas melangkaui hanya satu acara; ia dilihat sebagai  langkah proaktif dalam menyokong eko-sistem sukan permotoran di Malaysia, sekali gus menjadi inspirasi untuk dijadikan sebagai acara tahunan pada tahun tahun akan datang. 

MAM mengucapkan terima kasih dan mengiktiraf pihak penaja yang memberi  sumbangan utama dalam merealisasikan festival yang julung kali diadakan ini.  

“Kami amat berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Litar  Antarabangsa PETRONAS Sepang, dan semua rakan usaha sama kami. Tanpa sokongan padu mereka, MAM Festival of Speed Malaysia 2024 tidak akan dapat  dilaksanakan. 

Sebagai edisi sulung festival itu, MAM Festival of Speed Malaysia 2024 bakal  menjadi antara acara penganjuran dalam kalendar sukan permotoran tempatan, yang menghimpunkan peserta, keluarga dan peminat sukan permotoran.  

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan pendaftaran, sila layari laman sesawang rasmi MAM.  

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.