Siakap Keli
dalam talian (marketplace)

KPDN Mahu Laksana Pemerkasaan Produk Tempatan Melalui Platform Dalam Talian (Marketplace) 

KPDN Mahu Laksana Pemerkasaan Produk Tempatan Melalui Platform Dalam Talian (Marketplace

PETALING JAYA, 26 SEPTEMBER 2024 –Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ialah Kementerian peneraju dalam pelaksanaan inisiatif Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).  Salah satu inisiatif untuk menggerakkan kempen ini ialah melalui kaedah dalam talian (online marketplace). 

Melalui insiatif KBBM, KPDN telah menjalinkan kerjasama dengan pengendali platform dalam talian seperti Shoppe, Lazada dan PGMall untuk memperluas pasaran dan menjadi salah satu strategi kepada galakan pembelian produk-produk barangan Malaysia secara dalam talian.

Sepanjang tahun 2023, melalui 3 pengendali platform dalam talian ini, ia telah menjana hasil jualan berjumlah RM347,739,505.00  yang melibatkan 694,496 Stock Keeping Unit (SKU).  

Melihat kepada trend pilihan platform dalam talian oleh pengguna, maka  KPDN akan memperluas pelaksanaan kempen KBBM secara dalam talian dengan mengadakan kerjasama bersama pengendali platform  TikTok Shop Malaysia.

dalam talian (marketplace)

Melalui usaha ini, TikTok Shop Malaysia akan mewujudkan halaman promosi khas (microsite) khusus untuk pengiklanan dan promosi produk-produk barangan Malaysia.  

Pada masa yang sama, program ini akan mensasarkan seramai 8,000  usahawan tempatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang akan meliputi 300,000 Stock Keeping Unit (SKU). 

dalam talian (marketplace)

Sebagai langkah promosi pula, KBBM melalui Tiktok Shop akan  menyediakan baucar diskaun ke atas barangan yang terpilih dan penghantaran percuma kepada pengguna turut diberikan. Selain itu, program latihan atau bengkel berkaitan keusahawanan akan diadakan  kepada pengusaha-pengusaha yang mengambil bahagian dalam  kempen bersama TikTok Shop ini. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.