Siakap Keli
program usahawan muda 2024

Program Usahawan Muda 2024 SSM Peringkat Negeri Melaka & Muar, Terap Nilai Keusahawan Dalam Kalangan Pelajar

Program Usahawan Muda 2024 SSM Peringkat Negeri Melaka & Muar, Terap Nilai Keusahawan Dalam Kalangan Pelajar

Kuala Lumpur, 30 September 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Program Usahawan Muda (PUM24) peringkat Negeri Melaka dan Muar melibatkan penyertaan lebih 3,000 pelajar daripada institusi pengajian tinggi sekitar negeri-negeri berkenaan.

Program dalam talian yang dirasmikan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai pengurusan sesebuah perniagaan, di samping menyemai minat dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri peserta.

Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Nor Azimah berkata PUM24 merupakan inisiatif SSM untuk memupuk dan memperkasakan penglibatan pelajar dalam bidang perniagaan selari dengan visi SSM untuk menjadi pendaftar dan pengawal selia korporat terulung.

program usahawan muda 2024

Beliau juga mendedahkan bahawa SSM telah menganjurkan PUM sejak tahun 2021 dengan penglibatan lebih 15,000 pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran Awam serta Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional seluruh negara. 

Dalam pada itu, Datuk Nor Azimah turut berkata melalui pelaksanaan PUM24 peringkat negeri Melaka dan Muar ini, SSM juga membuka peluang kepada peserta untuk memanfaatkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang diperkenalkan bagi memberi kemudahan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.

program usahawan muda 2024

Tambahnya, dari 1 Januari 2021 hingga 31 Ogos 2024, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui SPPP adalah sebanyak 128,116 yang terdiri daripada 59,857 pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa dan 68,259 usahawan kumpulan B40.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklum Balas, SSM Chatbot, Live Chat SSM di portal rasmi SSM, talian 03-7721 4000, atau emel [email protected].

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.