Siakap Keli

STOP THAT DOT: HOMESOY Memperkasakan Wanita Di Malaysia Untuk Mencegah Kanser Payudara

STOP THAT DOT: HOMESOY Memperkasakan Wanita Di Malaysia Untuk Mencegah Kanser Payudara

Kuala Lumpur, 3 Oktober 2024 HOMESOY, jenama susu soya terkemuka di bawah naungan Ace Canning Corporation Sdn Bhd, kini merasmikan pelancaran kempen HOMESOY 3.0 “STOP THAT DOT” untuk menggalakkan pengesanan awal kanser payudara dan meningkatkan kesedaran mengenainya di kalangan wanita.

Selain memperkenalkan kepelbagaian penggunaan kacang soya, kempen ini juga menekankan kepentingan pengesanan dan tindakan awal. Ini merupakan agenda utama HOMESOY dalam mengurangkan risiko kanser payudara, khususnya di kalangan wanita Malaysia. 

Antara detik simbolik ketika pelancaran kempen ini adalah pengenalan Pink Ball “STOP THAT DOT”, mewakili sel kanser yang, jika tidak dikesan, boleh menular dan menjejaskan kesihatan. Pengesanan awal ketika ia hanya sebesar titik sekalipun boleh menyelamatkan nyawa, dan peluang pesakit untuk pulih sepenuhnya akan meningkat secara ketara.

Kempen HOMESOY 3.0 menampilkan sebuah filem daripada jenama berkenaan yang menyentuh perasaan, serta laman mikro yang akan menyampaikan maklumat penting kepada pengguna mengenai inisiatif ini. Melalui laman mikro berkenaan, sesiapa sahaja dapat menyokong kempen ini dengan hanya satu klik. Ini menunjukkan komitmen mereka dalam menggalakkan pengesanan awal dan pencegahan kanser payudara. 

Ketika majlis pelancaran di Le Meridien Petaling Jaya, Chang Wan Ping, Pengarah Pemasaran Ace Canning Corporation Sdn Bhd, menekankan komitmen jenama berkenaan untuk menyokong wanita Malaysia dalam perjuangan melawan kanser payudara. “Di Ace Canning, kami sedia untuk menyertai golongan wanita dalam menghadapi perjuangan penting ini.

Kanser payudara bukanlah hanya satu perjuangan individu; ia akan memberi kesan kepada ahli keluarga dan masyarakat. Melalui kempen ‘STOP THAT DOT’ dan inisiatif #ScanNowSpotEarly kami, kami ingin mengingatkan setiap wanita bahawa mereka tidak berjuang sendirian. Pengesanan awal merupakan langkah berkuasa yang boleh menyelamatkan nyawa dan kami berharap inisiatif ini akan menggalakkan para wanita untuk mengambil langkah proaktif bagi menjamin kesihatan mereka.”

Wan Ping juga menekankan peranan HOMESOY 3.0 yang bukan sekadar susu soya yang berkhasiat, “Semua produk HOMESOY, termasuklah HOMESOY 3.0, direka untuk memenuhi selera masyarakat Malaysia sambil berfungsi sebagai penyokong kesihatan wanita. Di samping itu, melalui kerjasama kami dengan Cancer Research Malaysia (CRMY), kami sedia untuk membanteras maklumat palsu atau salah faham mengenai soya dan kanser payudara.

Dengan membekalkan maklumat pemakanan yang lebih tepat, kami bertujuan untuk memperkasakan wanita supaya dapat membuat keputusan yang tepat untuk mencegah kanser. Kami memberikan komitmen untuk membawa impak yang bermakna dan positif dalam perjuangan ini!” 

Inspirasi Dari Kisah Para ‘Survivor’: Pengajaran Daripada Kisah Sebenar 

Teras utama kempen ini adalah sebuah filem jenama yang dihidupkan melalui penceritaan visual dengan kerjasama rakan agensi HOMESOY, Asterisk Advisory. Mereka mengubah ‘STOP THAT DOT’ menjadi satu inisiatif yang cukup bersemangat dan membawa impak besar bagi meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara. Filem ini menampilkan enam ‘survivor’ kanser payudara dari Malaysia dengan pelbagai latar belakang dan usia. Mereka akan berkongsi perjalanan peribadi mereka dan menekankan kepentingan pengesanan awal yang dapat menyelamatkan nyawa. 

Antara wanita ini ialah Tan Chieu Mei. Kisahnya menekankan peranan penting yang dimainkan saringan awal. Dalam satu babak yang menyentuh hati dari filem ini, dia meraikan hari jadi bersama anak perempuannya, satu peringatan penting kepada semua untuk menghargai setiap saat kehidupan dan jangan berputus asa. “Bagi saya, kemenangan sebenar saya adalah dapat meraikan satu lagi hari jadi dan melihat anak saya membesar,” kata Chieu Mei.

“Kanser payudara memang merupakan satu kejutan bagi saya, tetapi pengesanan awal telah memberikan saya peluang untuk melawannya. Saringan itu membolehkan saya bertindak dengan pantas, dan untuk itu, saya sangat bersyukur. Saya menggesa setiap wanita untuk mengutamakan kesihatan mereka dan menjalani ujian saringan. Sertailah gerakan ‘STOP THAT DOT’—ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda.” 

Menurut Wan Ping, “Seperti wanita-wanita ini, kami ingin kongsikan ketabahan mereka dan juga keyakinan bahawa pengesanan awal melalui mamogram merupakan langkah terbaik. Setiap wanita yang pernah menghadapi kanser adalah seorang wira dengan cara tersendiri. Perjalanan mereka boleh membawa harapan dan inspirasi kepada semua untuk mengambil langkah proaktif terhadap kesihatan mereka.” 

stop that dot homesoy
Dari Kiri ke Kanan: Chang Wan Ping (Pengarah Pemasaran, Ace Canning) dan Soo Sek Yow (Ketua Unit Pemakanan Soya, Ace Canning) merasmikan arca ‘(STOP THAT DOT)’ yang melambangkan kempen 𝐇𝐎𝐌𝐄SOY.

Peranan Soya Dalam Pemakanan

Melalui kerjasama dengan CRMY, Ace Canning meneruskan komitmennya terhadap pencegahan kanser payudara dengan sumbangan tahunan sebanyak RM50,000 kepada CRMY untuk menyokong penyelidikan mereka dalam memerangi kanser payudara. “1 daripada setiap 20 wanita Malaysia berisiko menghadapinya1, jadi meningkatkan kesedaran sambil mempromosikan pencegahan dan pengesanan awal adalah satu tugas yang penting,” kata Wan Ping. 

Menurut Kajian Malaysia Mengenai Kelangsungan Hidup Kanser, hanya dua daripada tiga wanita Malaysia yang didiagnosis dengan kanser payudara berjaya mencapai tahap kelangsungan hidup melebihi 5 tahun. Ini jauh lebih rendah berbanding negara Asia lain seperti Jepun, Korea, dan Singapura. 

Walaupun faktor seperti umur, jantina, dan genetik tidak dapat diubah, wanita boleh membuat perubahan gaya hidup yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara seperti melahirkan anak sebelum usia 30, tempoh penyusuan yang lebih lama, mengelak daripada merokok, mengekalkan gaya hidup sihat, dan mengamalkan pemakanan seimbang. 

Profesor Dr. Cheong Sok Ching, Ketua Pegawai Saintifik Cancer Research Malaysia (CRMY) menjelaskan semasa ceramahnya Bridging the Gaps in Breast Cancer Care, “Terdapat pelbagai kajian yang menilai kesan produk soya atau isoflavon soya terhadap risiko kanser payudara, dan sebahagian daripada kajian ini telah menunjukkan adanya kesan perlindungan.” 

Cik Soo Sek Yow, Ketua Unit Pemakanan Soya Ace Canning mengulas dengan lebih lanjut, “Soya mengandungi isoflavon iaitu sejenis fitoestrogen yang terkandung dalam tumbuhan. Isoflavon bersaing dengan estrogen semula jadi, dan ini berpotensi mengurangkan risiko kanser payudara. Kami berhasrat untuk menyokong penyelidikan bagi membuktikan hubungan antara pengambilan soya dan pengurangan risiko kanser payudara.” 

Ketika bercakap mengenai Soya Nutrition and Breast Cancer: What the Evidence Shows, Soo berkongsi maklumat berasaskan bukti untuk menangani salah faham mengenai soya dan kanser payudara. “Kajian terkini, terutamanya dalam kalangan populasi Asia, telah menunjukkan adanya hubungan antara pengambilan soya yang tinggi dan risiko kanser payudara yang lebih rendah.

Walaupun kita masih memerlukan kajian lanjut untuk memahami mekanismenya secara menyeluruh, penemuan ini menunjukkan bahawa pengambilan soya dalam diet yang sihat mungkin dapat membawa manfaat dalam mengurangkan risiko kanser payudara,” jelas Soo. 

“Di samping itu, kita perlu menentukan tempoh masa yang sesuai dalam kehidupan seorang wanita untuk mengambil soya dan menetapkan jumlah yang disyorkan untuk mencapai kesan perlindungan yang diingini. Di sinilah kita akan melihat kepentingan tugas yang dijalankan Cancer Research Malaysia,” tambah Prof. Cheong. 

Soo berkata, “Kuantiti protein soya yang tinggi akan mengandungi isoflavon soya yang tinggi. Susu Soya HOMESOY 3.0 dirumuskan dengan protein soya yang lebih tinggi dan diperkaya dengan serat diet, kalsium, dan vitamin A dan D, sambil menawarkan susu soya yang enak tanpa memerlukan gula tambahan.” 

Saringan Dan Pengesanan Awal: Kerjasama dan Usaha Mempromosikan Kesedaran 

Kehadiran titik kecil ini mungkin mudah untuk anda terlepas pandang, tetapi ia tak akan terlepas apabila anda #ScanNowSpotEarly melalui mamogram. Untuk memaksimumkan jangkauan dan impak kempen ini, HOMESOY telah bekerjasama dengan lebih daripada 20 hospital swasta untuk menawarkan pek percuma susu Soya HOMESOY 3.0 bagi setiap pendaftaran saringan payudara sepanjang tempoh kempen ini. 

Bermula 7 Oktober sehingga akhir bulan, HOMESOY 3.0 akan merancakkan kempen ‘STOP THAT DOT’ dengan sokongan daripada pelbagai rakan kongsi, termasuklah jenama runcit dan bukan runcit. Bersama dengan HOMESOY, rakan kongsi ini akan membantu menyebarkan mesej kepada lebih ramai penduduk bagi mempromosikan kesihatan dan memperkasakan mereka, lantas menekankan kepentingan langkah-langkah kesihatan yang proaktif. 

Jangan Tunggu, Gerak Dahulu! 

HOMESOY 3.0 menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai gerakan ‘STOP THAT DOT’. Sama ada dengan menggalakkan orang tersayang menjalani saringan, berkongsi mesej dengan ahli masyarakat di sekeliling, atau memberikan sokongan melalui saluran dalam talian, setiap tindakan anda adalah penting dalam perjuangan melawan kanser payudara.

“Pengesanan awal bukan sahaja penting—ia dapat menyelamatkan nyawa. Seperti yang dibuktikan oleh kajian, pengambilan susu soya dalam diet anda mungkin dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara,” kata Soo. 

“Di HOMESOY, kami memberikan komitmen untuk memperkasakan golongan wanita untuk menjaga kesihatan mereka melalui keputusan yang bijak dan proaktif demi masa depan yang lebih terjamin. Kami harap anda semua akan turut serta dalam usaha ini, kongsikan mesejnya, dan bantu semua orang tersayang untuk “#ScanNowSpotEarly”, tambah Wan Ping.

Maklumat lanjut mengenai kempen “STOP THAT DOT” dari HOMESOY boleh dilihat di http://www.stopthatdot.homesoy.my. Untuk maklumat lanjut mengenai HOMESOY, HOMESOY 3.0 dan Ace Canning Corporation, sila layari http://www.homesoy.my

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.