Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Tiada Kategori

Ramai Ingat Dari Bom Nuklear Je, Radiasi Sebenarnya Selalu Ada Di Sekeliling Kita

Athirah

Ramai Ingat Dari Bom Nuklear Je, Radiasi Sebenarnya Selalu Ada Di Sekeliling Kita

Radiasi merupakan sesuatu yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar, namun ia sentiasa berada di sekeliling kita.

Tanpa kita sedar atau pun tahu, selain bahan radioaktif, radiasi sebenarnya boleh datang daripada pelbagai sumber seperti sinaran dari angkasa (cosmic ray), tanah dan air.

Namun begitu, uranium yang begitu sinonim dengan tenaga nuklear menjadi contoh bahan radioaktif paling umum yang sering kita dengar dari semasa ke semasa.

Gambar: Atom Malaysia

Menurut Atom Malaysia, radiasi terdiri daripada dua jenis utama iaitu Sinaran Mengion (Ionizing Radiation – IR) dan Sinaran Tidak Mengion (Non-Ionizing Radiation – NIR).

Bagi Sinaran Mengion, tenaga bergerak ini merupakan paling kuat dan memberi kesan kepada tisu badan hidup dalam tubuh badan manusia.

Alpha particle, Beta particle, sinar x dan sinar gamma adalah contoh radiasi pengion.

Manakala, Sinaran Tidak Mengion tidak mempunyai tenaga secukupnya untuk menyebabkan kerosakan tisu badan hidup dalam jangka panjang.

Misalnya seperti radio frekuensi, cahaya nampak (visible light), dan radiasi gelombang mikro (microwave radiation).

Gambar: Atom Malaysia

Di Malaysia, Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) bertanggungjawab memantau tahap radiasi untuk keselamatan awam.

Mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara, Atom Malaysia jadi agensi utama yang uruskan bencana radiologi dan nuklear dengan sokongan teknikal dan kepakaran.

Misalnya, pemantauan tahap radiasi dilakukan secara masa nyata (real-time), yang mana sekali gus dapat memastikan radiasi di sekeliling kita berada pada paras selamat.

Menurut Atom Malaysia, data yang dikumpul dapat dijadikan rujukan negara untuk paras radiasi semula jadi dari tanah, air dan udara.

Jika secara tiba-tiba terdapat peningkatan radiasi, tindakan segera boleh diambil untuk mengurangkan risiko pada orang ramai dan alam sekitar.

Dalam situasi kemalangan nuklear, data terkini akan dibandingkan dengan data sebelumnya untuk memeriksa sekiranya ada penambahan bahan radioaktif yang dibawa oleh angin atau air.

Berdasarkan hasil data tersebut, langkah-langkah keselamatan boleh diambil dan dimaklumkan kepada orang ramai.

Pusat Pengurusan Tindakbalas Nuklear Kebangsaan (NCNRM)

Dalam pada itu, radiasi dalam udara di Malaysia dilakukan dengan menggunakan 8 unit Gamma Dose Rate Monitoring Station (GDRMS).

Selain itu, Atom Malaysia turut menggunakan 1 unit Gamma Spectrum Water Monitoring Station (GSWMS) untuk memantau radiasi dalam sumber air.

Untuk makluman, alat pemantauan radiasi ini telah diletakkan di beberapa tempat di Malaysia.

Bagi alat GDRMS, kawasan yang terlibat adalah Langkawi, Pulau Pinang, Mersing, Kuala Terengganu, Sri Aman, Bintulu, Miri, dan Labuan.

Gambar: GDRMS jenama Envinet

Daerah Pengkalan Chepa, Cameron Highland, Kuantan, Senai, Petaling Jaya, Batu Berendam, Sri Aman, dan Kudat merupakan kawasan peletakan alat GDRMS bagi menghantar bacaan radiasi.

Lain daripada itu, alat GSWMS telah diletakkan di Malaysia Timur iaitu Jeti Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

Ketiga-tiga alat beroperasi dengan menghantar bacaan radiasi ke server di Ibu Pejabat Atom Malaysia di Dengkil.

Kemudian, data berkenaan akan diproses serta dipaparkan untuk tatapan orang awam di laman sesawang khas.

Kredit: aelb.gov.my

Maklumat lanjut

Dalam pada itu, bagi mendapatkan maklumat dan status pemantauan aras sinaran di persekitaran dan perairan, orang ramai boleh merujuk laman sesawang Atom Malaysia di https://www.aelb.gov.my/v2/.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat (UKK), Atom Malaysia melalui emel corporate@aelb.gov.my atau di talian 03-89225888.

Bagi sebarang kecemasan berkaitan nuklear pula, orang ramai diminta menghubungi Atom Malaysia menerusi Hotline di 1800-88-7999.

Anda juga boleh ikuti Facebook, Twitter dan Instagram untuk perkembangan terkini Atom Malaysia.

BACA: WCE Kutip Tol Di Plaza Tol Banting Bermula 30 Sept, Ini Jumlah Bayaran Ikut Kelas Kenderaan