Siapakah Pengguna Aplikasi E-Hailing: Kajian Dibuat Oleh Maxim
Pakar analisisdari Maxim E-hailing berkongsi data tentang statistik penggunaan berdasarkan nama, jantina, umur, sistem pengendalian telefon dan jenama telefon daripada pelbagai perkhidmatan aplikasi Maxim dengan peratusan dan perbandingan.
Data menunjukkan bahawa 50.5% pengguna adalah lelaki berbanding wanita dengan 49.5%. Berdasarkan bancian yang dilakukan pada tahun 2020 nisbah lelaki di Malaysia ialah 103 orang lelaki, manakala 100 orang wanita, bermakna populasi lelaki lebih ramai. Ini bermksud pengguna Maxim e-hailing selaras dengan data penduduk Malaysia.
Lima nama teratas pelanggan Maxim pula ialah Aisyah, Nurul, Ain, Farah, dan Ika untuk wanita manakala bagi lelaki ialah Alif, Daniel, Aiman, Ahmad, dan Alex. Data ini dikumpul berdasarkan pendaftaran nama tengah.
Generasi muda berumur 24 tahun adalah kumpulan pengguna yang teratas dengan 42% dan Maxim percaya bahawa kebanyakan mereka adalah daripada pelajar universiti. Ini diikuti oleh mereka yang berumur 25-35 tahun dengan 39% dan generasi berumur 36-45 tahun dengan 14%. Bagi penumpang yang berumur lebih dari 46 tahun kira-kira hanya 5% daripada mereka menggunakan Maxim.
Sistem pengendalian telefon terbahagi kepada dua kategori iaitu IOS dan Android. Kebanyakan pengguna menggunakan telefon Android dengan 50.5% manakala IOS dengan 49.5%. Dengan kadar yang tinggi pada sistem, ia menunjukkan 4.8 bintang.
Dari segi jenama telefon, yang paling popular di kalangan pengguna ialah iPhone dengan 49.5% daripada jumlah keseluruhan, diikuti oleh Samsung dengan 18.5%, dan Vivo dengan 12%. Tempat keempat ialah Oppo dengan 11% dan yang kelima ialah Realme dengan 9%. Kebanyakan pengguna menggunakan iPhone kerana ia adalah jenama yang besar dan popular di Malaysia.
Daripada data yang dikongsi, siapa yang boleh anda harapkan untuk menjadi pengguna Maxim? Kemungkinan besar adalah seorang lelaki berusia 24 tahun, yang menggunakan iPhone dan juga bernama Alif.
“Maxim E-hailing menonjol secara langsung kerana gabungan keterjangkauan, kemudahan dan perkhidmatan yang meluas. Salah satu faktor utama yang membezakan Maxim ialah harga yang mesra pelanggan dan menawarkan kadar kompetitif menarik minat pelbagai pelanggan, termasukgolongan pelajar, profesional dan berkeluarga.
Walaupun tambangnya murah, Maxim tidak berkompromi dengan kualiti perkhidmatan dan memastikan penunggang menerima pengalaman yang selamat dan selesa. Aplikasi mesra pengguna, yang direka untuk menjadikan proses tempahan perjalanan menjadi mudah dan selesa. Dengan hanya beberapa langkah, pengguna boleh menempah atau menjadualkan perjalanan, malah menjejaki lokasi pemandu mereka” kata Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley.
Info
Maxim telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019. Tempahan pertama telah dijayakan di Kuantan. Kini perkhidmatan kami beroperasi di semua negeri di Malaysia.
Sejak tahun 2019, syarikat ini telah membangunkan teknologi berinovatif untuk menempah pengangkutan untuk penghantaran dan perkhidmatan lain, menjadikannya lebih moden, mudah diakses dan selamat. Perkhidmatan ini telah mencipta sistem berinovatif untuk mendaftar bilangan pelanggan tanpa had bagi memproses berjuta-juta tempahan pada setiap hari.
Aplikasi Maxim adalah untuk pengguna manakala Taxsee Driver untuk Rakan-pemandu, Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang teratas.
Aplikasi ini tersedia di beberapa platform: Google Play Store, App Store, Huawei AppGallery, GetApps, Oppo App Market, Vivo App Store and Galaxy Store. Misi perkhidmatan ini adalah untuk sentiasa meningkatkan interaksi pengguna dan membantu orang ramai bergerak ke arah matlamat mereka!