Membina Kejayaan Negara Melalui STEM
STEM – Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik – dianggap sebagai kompleks, mencabar dan kurang menarik berbanding bidang seperti seni, sukan dan muzik. Walau bagaimanapun, dalam landskap yang berkembang pesat hari ini di mana kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital berkembang maju, mempersiapkan pelajar untuk kerjaya masa depan adalah lebih penting berbanding sebelum ini.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), terdapat pertumbuhan ketara dalam enrolmen STEM, meningkat daripada 41.84% pada 2019 kepada 50.83% pada 2024. Peningkatan 10 mata peratusan ini menandakan pendaftaran STEM tertinggi dalam dekad yang lalu, menandakan era baharu di mana pelajar menunjukkan kesungguhan untuk menerima pembelajaran STEM.
Samsung Solve for Tomorrow: Menjadikan Pembelajaran STEM Menarik dan Memberi Impak
Menyedari peningkatan enrolmen STEM dan cabaran yang menanti dalam landskap STEM, Samsung Malaysia, dengan kerjasama Universiti Malaya, telah melancarkan Samsung Solve for Tomorrow untuk menyemarakkan minat dan kreativiti dalam kalangan pelajar, menolak mitos bahawa pembelajaran STEM kurang menarik.
“Pertandingan berasaskan pemikiran reka bentuk ini bertujuan untuk menjadikan penerokaan STEM lebih menyeronokkan, relevan dan bermakna untuk generasi muda, sambil menggalakkan pemikiran kritis dan mampu menyelesaikan masalah. Ia juga membolehkan pelajar menguna pakai pengetahuan yang mereka pelajari kepada cabaran dunia sebenar dan membolehkan mereka mencetuskan perubahan positif dalam komuniti,” menurut Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar, Pengarah Pusat STEM Universiti Malaya.
Melalui Samsung Solve for Tomorrow, pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berpeluang untuk bekerjasama dengan pengamal industri, memperoleh pandangan dan kemahiran berharga di luar persekitaran bilik darjah.
Pertandingan kemahiran ini memperkasakan mereka dengan peralatan dan pengetahuan untuk mencipta penyelesaian yang berkesan dan dipacu komuniti, merapatkan jurang antara pembelajaran teori dan aplikasi praktikal.
Pekerjaan STEM Memacu Malaysia
Dengan inisiatif Samsung Solve for Tomorrow, Samsung menyumbang kepada usaha Malaysia untuk menyasarkan 60:40 nisbah sains kepada seni. Permintaan untuk pekerjaan berkaitan STEM dijangka meningkat secara berterusan pada tahun-tahun akan datang.
Pakar industri meramalkan bahawa peranan baru muncul seperti pakar kecerdasan buatan, jurutera awan, pembangun perisian dan penganalisis data besar akan menyaksikan pertumbuhan yang ketara untuk menangani keperluan ekonomi baharu yang semakin meningkat, sekali gus menyokong hasrat Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi melalui tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Persekitaran teknologi yang berkembang memerlukan pendidik untuk memupuk minat awal terhadap STEM dalam kalangan pelajar. Dengan memupuk penglibatan dari pendidikan rendah hingga menengah, Malaysia berusaha memperkasakan generasi masa depannya untuk mengembangkan kemahiran dan pemikiran inovatif yang diperlukan untuk menyelesaikan isu-isu tempatan.
Pendedahan awal kepada STEM bukan sahaja membantu negara mengikuti trend global, tetapi juga meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam memacu kemajuan teknologi.
Samsung Malaysia dan Universiti Malaya sentiasa komited untuk memupuk idea STEM yang inovatif, memastikan pelajar dipersiapkan untuk cemerlang di arena global dan mewujudkan dunia yang lebih baik untuk semua.
Ikuti perjalanan peserta dalam pertandingan transformatif ini di laman web Samsung Solve for Tomorrow 2024 atau ikuti kami di Instagram, Facebook, X dan TikTok.