Siakap Keli
kejohanan bina badan
Sumber : BERNAMA

Penganjuran Kejohanan Bina Badan Yang Bersih, Adil Dan Berintegriti 

Penganjuran Kejohanan Bina Badan Yang Bersih, Adil Dan Berintegriti 

1. ADAMAS telah menerima maklumat mengenai beberapa siri kejohanan bina badan yang dianjurkan oleh pihak swasta berkaitan sukan dengan menyasarkan penyertaan dalam kalangan penggiat sukan bina badan khususnya golongan  belia.

2. Selaras dengan Kod Anti-Doping Dunia 2021, setiap atlet adalah tertakluk di bawah prinsip ‘kebertanggungjawaban penuh’ (strict liabilty) ke atas kewujudan  apa jua bahan terlarang di dalam sistem tubuh badan, sama ada secara sengaja dengan niat menipu ataupun tidak sengaja.

Sebagai penganjur kejohanan pula, pihak terbabit hendaklah memastikan sukan ini bersih dari sebarang unsur  penyalahgunaan bahan terlarang, menjamin ketelusan, keadilan serta integriti secara keseluruhannya selari dengan Kod Sukan Selamat yang diterbitkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2023.

3. Sukan bina badan merupakan antara acara sukan yang berpotensi tinggi meraih pingat di kejohanan antarabangsa, namun ianya turut merupakan sukan berisiko  tinggi terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang khususnya Androgenic  Anabolic Steroid (AAS). ADAMAS memandang serius dan bertanggungjawab  memastikan hak atlet dipelihara di samping menjamin persekitaran sukan yang  bersih dan selamat.

Justeru, program anti-doping ADAMAS bertujuan untuk  meningkatkan kesedaran, pendidikan dan melindungi kesihatan atlet serta  memastikan penganjuran sukan bina badan ini sentiasa mematuhi peraturan  anti-doping yang sedang berkuatkuasa.  

4. ADAMAS menyarankan agar penganjur acara sukan (badan sukan atau  syarikat) mewajibkan setiap peserta melalui pendidikan anti-doping sebagai syarat menyertai kejohanan yang akan datang. Ini bagi memastikan semua  peserta memahami dan sedar tentang gejala dan kesan doping terhadap kerjaya dan kesihatan masing-masing.

5. Penganjur acara sukan juga perlu mendapatkan pengiktirafan daripada badan  induk terlebih dahulu seperti di dalam Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh  Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

6. Orang ramai juga boleh membuat semakan di https://erosa.kbs.gov.my bagi memastikan penganjuran kejohanan telah mendapat pengiktirafan dan kelulusan PJS.

7. Semua pihak juga diingatkan untuk mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997 dalam semua penganjuran acara sukan antarabangsa dan kebangsaan.

8. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari www.adamas.gov.my.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.