Siakap Keli
cara masak japchae
Kredit: Tara Choi

Wanita Korea Cakap Melayu, Ajar Cara Masak Japchae

Wanita Korea Cakap Melayu, Ajar Cara Masak Japchae

Setiap negara mempunyai masakan yang tersendiri, dengan aroma dan rasa yang berbeza-beza biarpun menggunakan bahan yang sama.

Pada kebiasaannya dalam masakan Melayu, daging sedap dibuat kari kawah atau rendang.

Untuk masakan harian yang mudah dan ringkas, hidangan daging masak kunyit pun sudah memadai. Sedap dimakan bersama nasi kosong, panas-panas.

Berbeza sekali dengan masakan Korea, daging dimasak bersama suhun dan dimakan begitu sahaja tanpa dipasangkan dengan nasi. Itulah dia masakan yang dipanggil “japchae”.

Mari kita ikuti cara memasak japchae dengan penerangan yang mudah difahami oleh seorang pengguna Instagram, Tara Choi.

Bahan-bahan

  • 1 pek suhun
  • Setengah batang lobak merah (potong panjang)
  • Setengah labu bawang merah (hiris)
  • Segenggam daun kucai (potong panjang)
  • Lada benggala merah dan kuning (potong panjang)
  • Daging (potong nipis)
  • 2 cubit garam
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan bawang putih (cincang)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 5 sudu makan kicap cair
  • 2 sudu sos tiram
  • Setengah cawan air
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak bijan

Cara masak japchae

1. Rendam suhun dalam air selama 30 minit.

Pastikan suhun terendam sepenuhnya di dalam air supaya tidak ada bahagian suhun yang keras untuk dimasak nanti.

Sementara menunggu suhun lembut, sediakan bahan-bahan yang lain.

2. Goreng daging lembu.

Masukkan sedikit minyak masak dalam kuali dan goreng daging sehingga masak.

3. Tambah lobak merah dan bawang.

Apabila daging sudah masak, tambah lobak merah dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.

BACA: Kecur Air Liur, Ini Resipi Mi Kari Chinese Style

4. Tambah lada benggala dan garam.

Setelah naik bau, masukkan pula lada benggala dan dua cubit garam. Tumis sehingga lembut sedikit.

5. Tambah daun kucai.

Apabila semua bahan sudah lembut, masukkan pula daun kucai dan kacau sedikit hingga daun kucai layu. Kemudian, tutup api dan ketepikan.

6. Periksa suhun.

Pastikan suhun cukup lembut, tidak perlu sehingga terlalu lembut kerana suhun akan putus-putus ketika dimasak.

Jika suhun sudah lembut, toskan.

7. Rebus suhun dalam sos japchae.

Campurkan gula, bawang putih, minyak masak, kicap cair, sos tiram dan air. Kacau sedikit dan masukkan suhun. Tutup dan rebus selama tiga minit.

BACA: Sedap Buat Hidangan Minum Petang, Ini Resipi Bubur Pulut Hitam

8. Campurkan kesemua bahan.

Apabila suhun sudah masak, potong suhun supaya mudah untuk dikacau. Masukkan semua bahan tumisan tadi dan kacau hingga sebati.

9. Tambah lada hitam dan minyak bijan.

Masukkan sedikit lada hitam dan minyak bijan. Boleh juga taburkan biji bijan sebagai hiasan. Kacau seketika kemudian tutup api.

Japchae siap untuk dihidang. Selamat mencuba.

BACA: Mudah & Cepat Siap, Ini Resipi Roti Kaya Bakar Ala Kopitiam

Sumber: Tara Choi

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.