Siakap Keli
Kos Mahal Hantar Anak Sekolah
Gambar Hiasan via Bernama

Kos Mahal Hantar Anak Sekolah, Bapa Kongsi Cara Jimat & Benda Free Boleh Dapat

Kos Mahal Hantar Anak Sekolah, Bapa Kongsi Cara Jimat & Benda Free Boleh Dapat

Sebagai ibu bapa, sudah pasti sedar akan kewajipan untuk menghantar anak ke sekolah bagi menimba ilmu agar menjadi insan yang berguna pada masa depan. Pelbagai cara ibu bapa hantar anak ke sekolah, ada yang menaiki motosikal, kereta, malah ada juga yang menggunakan perkhidmatan awam seperti tren.

Walau apa pun cara, kesemuanya memerlukan kos yang agak tinggi jika dihitung secara bulanan. Jika dianggarkan tiket tren RM5 untuk dua hala pergi dan balik sekolah selama 22 hari, ibu bapa perlu menyediakan sekitar RM110 setiap bulan untuk perjalanan pergi dan balik anak sekolah. Tapi lain pula bagi seorang bapa ini yang berjaya menemui cara untuk menjimatkan kos perjalanan anaknya ke sekolah dengan menaiki tren.

Malah, perjalanan anaknya ke sekolah juga percuma dengan memanfaatkan inisiatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, tapi bagaimana cara untuk mendapatkan faedah sebegitu?

Pas MyRail Life

Rupa-rupanya, si bapa ini mengetahui tentang Pas MyRailLife, iaitu satu inisiatif hasil kerjasama kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan bersama KTM. Pas MyRail Life merupakan pas perjalanan percuma untuk pelajar sekolah tahun 1 sehingga tingkatan 6 dan juga untuk Orang Kelainan Upaya (OKU).

Perkhidmatan yang disediakan adalah termasuk Shuttle Timuran (DMU) sektor Gemas – Tumpat dan perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara. Pas MyRailLife ini diperkenalkan bagi meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU untuk menggunakan perkhidmatan awam. Tempoh penggunaan pas ini adalah dari 15 Februari sehingga 31 Disember 2024.

Dengan adanya inisiatif pengangkutan awam secara percuma ini, ibu bapa sudah tidak risau untuk menghantar anak ke sekolah tanpa perlu memikirkan kos pengangkutan yang perlu ditanggung. Tapi, bolehkah ibu bapa atau penjaga pelajar sekolah juga mendaftar bagi pihak mereka sendiri?

Jawapannya dibenarkan dengan syarat mengemukakan dokumen yang perlu dan membuat pendaftaran di kaunter tiket sahaja. Antara dokumen yang diperlukan adalah:-

  1. Dokumen pengenalan diri 
  2. Surat pengesahan pelajar daripada pihak sekolah (bagi pelajar Tingkatan 6 sahaja)

Walau bagaimanapun, terdapat tiga syarat yang melayakkan seseorang itu untuk mendapatkan Pas MyRailLife.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 (umur 7 tahun – 19 tahun)
  3. Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ibu bapa juga tak perlu risau sebab tiada bayaran akan dikenakan ketika proses pengeluaran Pas MyRailLife. Antara syarat-syarat asas penggunaan pas ini adalah boleh digunakan antara stesen mula dan stesen destinasi yang tertera pada pas itu sahaja dan ia hanya boleh digunakan oleh penumpang yang dicatatkan pada pas tersebut sahaja. Selain itu, pas ini dan juga kad pengenalan diri perlu dikemukakan kepada kakitangan KTMB semasa pemeriksaan.

Sebenarnya pelbagai faedah yang dapat dinikmati melalui inisiatif yang diusahakan Kerajaan bersama KTM ini, sekurang-kurangnya ia boleh menjimatkan kos pengangkutan bagi pelajar-pelajar yang rumahnya jauh dari sekolah. Inisiatif ini yang juga sebahagian daripada Belanjawan di bawah Kerajaan MADANI ini juga diharapkan dapat membantu menstabilkan kembali kos sara hidup kebanyakan masyarakat, di mana mereka sudah tidak perlu lagi memikirkan kos pergi dan balik anak-anak ke sekolah.

Mungkin ada persoalan lagi tentang Pas MyRailLife ini, jadi korang boleh layari pautan INI untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.