Siakap Keli
Nissan Skyline GT-R32
Kredit: News.com.au 

Jentera Ikonik, R32 Skyline GT-R ‘Ori’ Dicuri Dari HQ Nissan Australia

Jentera Ikonik, R32 Skyline GT-R ‘Ori’ Dicuri Dari HQ Nissan Australia

Sebuah kereta jenis Nissan R32 Skyline GT-R berwarna merah dilaporkan telah dicuri daripada Nissan Corporation di Australia.

Menurut News.au, kereta sport ikonik tahun 1991 itu mempunyai nombor pendaftaran Victoria GTR 091, dengan spesifikasi standard kilang tanpa sebarang ubahsuai.

Difahamkan, jentera berkenaan mempunyai nilai pasaran semasa kira-kira AU$250,000 (RM722,620).

“Kami mengesahkan Nissan R32 Skyline GT-R yang asal telah dicuri dan pihak polis sedang menjalankan siasatan,” kata jurucakap Nissan Australia.

Syarikat berkenaan kini bekerjasama dengan pasukan polis Victoria untuk menjejak semula R32 tersebut.

Setakat ini, pihak polis dan HQ Nissan Australia masih belum tahu bagaimana kereta berkenaan dilarikan penjenayah.

Nissan R32 Skyline GT-R ori dicuri dari HQ Nissan Australia

Menurut News.au, kereta yang dicuri itu merupakan satu daripada 100 unit Godzilla yang diedarkan untuk pasaran negara berkenaan antara tahun 1989 hingga 1994.

Jentera ikonik itu menerima nama samaran Godzilla disebabkan status legendanya selepas mendominasi senario sukan permotoran sejak sekian lama.

Kehilangan kereta tersebut memberi tamparan hebat kepada HQ Nissan Australia dan juga peminat GTR di seluruh negara berkenaan.

Dianggap ikonik dalam arena permotoran dunia

Difahamkan, jentera tersebut bukan sekadar kereta semata-mata, sebaliknya turut dianggap sebagai sebuah ikon disana.

Kereta itu mempunyai hubungan rapat dengan Nissan Skyline GT-R yang memenangi Bathurst 1000 pada 1991 dan 1992.

BACA: Seram Lagi Menakutkan, Rakaman Mata Puting Beliung Dalam Taufan Milton Berjaya Diambil

BACA: Ambulans Tak Jumpa Rumah, Ibu Gigih Kayuh Basikal Dalam Gelap Tunjuk Jalan Demi Anak Sakit

Sumber: News.com.au 

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.