Siakap Keli
asas pengiraan baharu
Sumber : BERNAMA

KPKM Memperkenalkan Asas Pengiraan Baharu SSR Dan PCC Beras Negara

KPKM Memperkenalkan Asas Pengiraan Baharu SSR Dan PCC Beras Negara

PUTRAJAYA, 11 OKTOBER 2024 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah memperkenalkan asas pengiraan baharu SSR dan PCC beras selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh Food and Agriculture Organization of the  United Nations (FAO).

Pengiraan ini merujuk kepada dokumen yang dikeluarkan oleh FAO iaitu Food Balance Sheets – A Handbook, 2001 dan Guidelines for the Compilation of Food Balance Sheet, 2017 dalam menentukan konsep dan definisi yang diguna pakai di dalam pengiraan SSR dan PCC beras oleh KPKM mulai tahun ini. 

Menerusi kaedah baharu ini, pihak KPKM telah melaraskan asas pengiraan pengeluaran padi pada tahun 2023 dengan mengambil kira jumlah padi bersih yang akan diproses  kepada beras sahaja. Pengiraan ini tidak termasuk jumlah pengeluaran padi yang  dikhususkan untuk tujuan benih pada tahun yang sama.

Kaedah ini turut mengekalkan kadar faktor penukaran padi kepada beras yang digunakan pada masa ini mengikut zon iaitu  Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, masing-masing pada kadar 70 peratus, 63 peratus dan 60 peratus.

KPKM turut memuktamadkan jumlah stok kecemasan beras bagi  tahun 2023 dengan jumlah 240,233 tan metrik bagi stok dagangan dan 40,000 tan metrik  bagi stokpail. 

Sehubungan itu, melalui pelarasan semula pengiraan SSR dan PCC beras pada tahun 2023, SSR beras adalah 56.2 peratus (kaedah baharu), manakala, PCC beras pula adalah 76.7 kg/tahun (kaedah baharu). 

Data ini menunjukkan penurunan pengeluaran padi sebanyak 4.7 peratus iaitu 2,281,736 tan metrik pada tahun 2022 kepada 2,175,097 tan metrik pada tahun 2023. Keadaan ini turut  menyebabkan pengeluaran beras turun kepada 1,503,151 tan metrik 

atau 4.6 peratus pada tahun 2023 berbanding 1,574,956 tan metrik pada tahun 2022. Pengurangan ini disebabkan oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi  produktiviti padi dan beras negara. 

KPKM akan terus komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kadar SSR beras antaranya melalui kerjasama pelbagai pihak berkepentingan termasuk dengan Kerajaan Negeri. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.