Siakap Keli
santuni madani

Program Santuni Madani Di Kampung Jerantut Feri, Pahang, Eratkan Silaturahim

Program Santuni Madani Di Kampung Jerantut Feri, Pahang, Eratkan Silaturahim

JERANTUT, 12 OKTOBER 2024 – Lebih 200 peserta daripada Jabatan Wilayah Persekutuan  (JWP), Perbadanan Putrajaya, Majlis Daerah Jerantut, Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut, Kelab Kebajikan dan Sukan JWP, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa  Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jawatankuasa Masjid dan kariah Kampung  Jerantut Feri menjadi sukarelawan program Santuni MADANI di Kampung Jerantut Feri, Pahang pada hari ini.

Program ini menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim sesama penduduk Kampung Jerantut Feri serta dapat meningkatkan lagi keceriaan dan keindahan Kampung Jerantut Feri. 

Pelaksanaan program “Satu Pemimpin Satu Kampung” cetusan idea YAB Perdana Menteri ini merupakan kaedah meningkatkan potensi kampung serta keupayaan masyarakat melalui pemantauan secara langsung; mengenal pasti masalah sosio ekonomi; dan keperluan penduduk. Memperkayakan sikap cakna pemimpin menyantuni dan menjadi suri teladan  kepada penduduk kampung kelahiran, dapat memupuk budaya “sense of belonging” dan “proud  with” kampung kelahiran dalam kalangan pemimpin. 

santuni madani

Kampung Jerantut Feri, Pahang merupakan kampung kelahiran YBhg. Dato’ Indera Noridah  binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP bagi program Santuni MADANI. Program hari ini melibatkan kerja-kerja mengecat pagar dan pembaikan kecil Masjid Jerantut Feri, pembersihan sisa penebangan pokok dan menanam pokok baharu Penaga Lilin (Mesua Ferrea) di Sekolah Kebangsaan Pedah. JWP juga akan menaikkan papan tanda baharu berdekatan dengan Masjid  Jerantut Feri. 

Hasil daripada pelaksanaan program ini dapat menjadikan suasana Masjid Jerantut Feri  menjadi lebih ceria dan indah untuk penduduk kampung menunaikan ibadah. Selain itu,  program Santuni MADANI ini juga dapat meningkatkan tahap keselamatan para pelajar, guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Pedah apabila pokok-pokok tua di sekitar kawasan  sekolah ditebang.

santuni madani

Melalui program Santuni MADANI ini dapat meningkatkan potensi kampung  serta keupayaan masyarakat Kampung Jerantut Feri dan membolehkan penduduk kampung merasai kehidupan yang lebih sejahtera. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.