Siakap Keli
Kredit: Instagram Fazley

Fazley Yaakob, Azrene Soraya Sah Bercerai

Fazley Yaakob, Azrene Soraya Sah Bercerai

Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mengesahkan perceraiannya bersama bekas isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz, lapor Astro Awani.

Penyanyi “Asmara Ini” itu memfailkan perceraian mereka setelah mencapai persetujuan bersama beberapa bulan yang lalu. Menurutnya lagi, tempoh idah bagi bekas isterinya sudah tamat beberapa minggu lalu.

“Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” katanya.

Menerusi rumahtangga yang didirikan selama 18 tahun itu, kedua bekas pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata. Fazley menjelaskan, perpisahan mereka tidak menjejaskan hubungan baik antara dirinya dan bekas isteri.

Berikutan itu, Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah, 13, dan seorang anak perempuan, Alayna Selma,7, kini berada di bawah hak jagaan bersama.

Dalam pada itu, Datuk Fadzley dilihat memberi sokongan sepenuhnya dalam perkembangan anak-anak apabila memuat naik video pementasan sekolah anak-anak yang dihadirinya. Video tersebut dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya.

Biarpun sibuk menguruskan perniagaan serta kerjaya seninya, Datuk Fazley pernah berpeluang mewakili negara dalam sukan badminton di Indonesia suatu ketika dahulu. Perlawanan menentang selebriti seberang, Vincent Rompies dan Akhdiyat Duta Modjo.

Sumber: Astro Awani, Fadzley Yaakob (1) (2)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.