Siakap Keli
hari kontraseptif sedunia

Organon Malaysia Rai Hari Kontraseptif Sedunia, Sokong Pilihan Bermaklumat Kesihatan Reproduktif 

Organon Malaysia Rai Hari Kontraseptif Sedunia, Sokong Pilihan Bermaklumat Kesihatan Reproduktif 

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2024 –   Organon Malaysia, anak syarikat Organon (NYSE: OGN) dan peneraju global dalam bidang kesihatan wanita, baru-baru ini telah meraikan Hari Kontraseptif Sedunia — sebuah kempen global yang menyokong pilihan bermaklumat tentang kesihatan reproduktif.

Organon menganjurkan forum setengah hari yang dimulakan dengan ucaptama daripada UNFPA Malaysia, diikuti perbincangan panel oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan. Selaras dengan tema tahun ini, ” Pilihan untuk Semua: Kebebasan untuk Merancang, Kuasa untuk Memilih,” forum ini menekankan bahawa setiap kehamilan perlu dirancang dengan teliti, sambil mengesahkan hak asasi wanita untuk menentukan bilangan, masa, dan jarak kelahiran anak-anak mereka.

Perbincangan ini mengupas tentang keperluan mendesak untuk akses sejagat kepada kaedah kontraseptif yang selamat dan moden, serta menekankan kepentingan pemerkasaan wanita di Malaysia untuk membuat keputusan bermaklumat mengenai kesihatan reproduktif mereka. Ini  bukan sahaja penting untuk kesejahteraan individu, tetapi juga untuk meningkatkan lagi kemajuan sosioekonomi keluarga dan komuniti.

Ketua Hal Ehwal Luar & Komunikasi Organon Malaysia, Chen Khee Kuan menekankan kepentingan pemerkasaan wanita menerusi akses kepada perancangan keluarga dan jarak kehamilan yang selamat, terutamanya untuk ibu-ibu berisiko tinggi yang mempunyai masalah kesihatan. “Di Organon, kami komited untuk meningkatkan kesedaran dan menyokong wanita dalam membuat keputusan yang bermaklumat mengenai kesihatan reproduktif mereka, membolehkan mereka mengawal masa depan diri dan keluarga mereka.

hari kontraseptif sedunia

Pemerkasaan ini bukan sahaja meningkatkan kesihatan ibu dan bayi, tetapi turut menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita dalam tenaga kerja, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang. Bersempena dengan Hari Kontraseptif Sedunia, kami ingin mengesahkan komitmen kami untuk bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk Kementerian Kesihatan, LPPKN, UNFPA, NGO dan CSO untuk memastikan akses sejagat kepada kontraseptif yang selamat dan moden untuk semua wanita di Malaysia.”

Wakil Negara Malaysia & Pengarah Negara Thailand UNFPA, Dr Julitta Onabanjo menekankan tentang perspektif penting hak asasi manusia dan implikasi sosial yang lebih meluas. Ujar beliau, “Hari Kontraseptif Sedunia menekankan kuasa transformatif kontraseptif, bukan sahaja kepada kehidupan dan kesihatan individu, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhannya.

hari kontraseptif sedunia

Akses kepada kontraseptif adalah hak asasi manusia. Kita mesti menolak setiap naratif yang menggunakan perkara ini untuk menimbulkan ketakutan di tengah-tengah isu penurunan kadar kesuburan, kerana ia boleh menjejaskan pembangunan sosioekonomi negara, dan hak serta pilihan rakyatnya.” 

Selepas ucaptama tersebut, satu sesi panel yang dikendalikan oleh Tehmina Kaoosji telah diadakan, yang disertai oleh wakil daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), UNFPA Malaysia, Red Clinic & Persatuan Hak Kesihatan Wanita (RRAAM) bagi mengupas isu, cabaran, tanggapan salah, penyelesaian dan manfaat yang berkaitan dengan akses kepada kontraseptif di Malaysia.

Isu-isu yang dibincangkan termasuk cabaran semasa seperti keperluan untuk merapatkan jurang kesejahteraan remaja di Malaysia, serta mengatasi segala halangan dan tanggapan salah mengenai peranan penting kontraseptif dalam kehidupan mereka.

Impak sosioekonomi akses kepada kontraseptif dan sumbangannya terhadap kesaksamaan sosial, ekonomi dan nasional wanita turut diketengahkan. Dengan memperkasa wanita untuk mengawal kesihatan reproduktif mereka, Malaysia bukan sahaja dapat mengimbangi jurang kesaksamaan gender di negara ini malah turut meningkatkan potensi modal insan dan mempercepatkan proses mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Usaha ke arah masa depan yang lebih sihat dan saksama untuk semua bermula dengan memastikan setiap wanita mempunyai hak untuk membuat pilihannya sendiri dan mengawal kesihatan reproduktifnya. Kita tidak boleh membenarkan masalah ini berterusan; tindakan tuntas di peringkat global diperlukan bagi mengisi kelompangan pembiayaan yang diunjurkan mencecah sekurang-kurangnya $1.5 bilion di negara berpendapatan rendah dan sederhana menjelang 2030. Bersama-sama, kita boleh mengutamakan kesihatan dan hak wanita serta gadis di seluruh dunia.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.