Siakap Keli
perlindungan peranti

Swap Melancarkan Swap Protect – Perlindungan Peranti Komprehensif Untuk Gaya Hidup Moden

Swap Melancarkan Swap Protect – Perlindungan Peranti Komprehensif Untuk Gaya Hidup Moden

PETALING JAYA, 15 Oktober 2024 – Swap Device Solutions Sdn. Bhd. (SWAP), peneraju dalam perkhidmatan perlindungan peranti dan rantaian bekalan, baru-baru ini melancarkan Swap Protect, perkhidmatan baharu yang direka untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna dalam dunia digital yang serba pantas hari ini.

Telefon pintar merupakan alat yang sangat penting dalam kehidupan seharian di mana ia bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi, ia juga berfungsi sebagai kamera, alat navigasi dan dompet digital. Oleh itu, risiko kerosakan tidak sengaja, kecurian atau ketidakfungsian melebihi jangka hayat waranti yang standard telah meningkat.

Swap Protect menangani risiko ini dengan menawarkan penyelesaian komprehensif untuk melindungi peranti daripada insiden yang tidak dijangka sambil memastikan pengguna kekal dilindungi dan terhubung.

Swap Protect menawarkan pelan perlindungan fleksibel yang disesuaikan dengan keperluan dan belanjawan yang berbeza. Pelanggan boleh memilih daripada Protect Basic, Protect Plus dan Protect Pro, di mana masing-masing menyediakan pelbagai faedah, termasuk perlindungan daripada kerosakan tidak sengaja, keretakan skrin, kerosakan akibat cecair, waranti lanjutan dan kecurian (attended theft). Kepelbagaian ini membolehkan pengguna memilih pelan yang paling sesuai dengan gaya hidup dan penggunaan peranti mereka.

perlindungan peranti
Swap Protect direka untuk memberikan ketenangan minda kepada pengguna melalui penyelesaian menyeluruh untuk melindungi peranti mereka

Perlindungan Kerosakan Tidak Sengaja dan Kerosakan Akibat Cecair melindungi peranti daripada terjatuh, tumpahan dan hentaman yang boleh menyebabkan kerosakan manakala Perlindungan Keretakan Skrin memastikan pembaikan atau penggantian skrin retak atau pecah dikenakan bayaran perkhidmatan yang minimum untuk mengurangkan beban perbelanjaan.

Swap Protect menawarkan Perlindungan Waranti Lanjutan dan perlindungan berterusan terhadap kecacatan dan kegagalan peranti bagi mereka yang bimbang tentang kerosakan peranti selepas tamat tempoh waranti pengilang. Selain itu, Perlindungan Kecurian (Attended Theft) akan memberikan pengguna peranti gantian jika peranti mereka dicuri semasa dalam jagaan mereka, juga dengan mengenakan bayaran perkhidmatan yang kecil untuk mengurangkan kesulitan.

Andy Tan, Pengarah Urusan SWAP, menekankan kepentingan yang semakin meningkat untuk  perlindungan peranti dalam pasaran hari ini, dengan menyatakan bahawa, “Dengan skrin yang lebih besar dan kos peranti yang lebih tinggi, kerosakan tidak sengaja menjadi satu kebiasaan dan kos pembaikan pula sangat mahal. Swap Protect menawarkan penyelesaian mampu milik semua-dalam-satu yang membolehkan pengguna menikmati peranti mereka tanpa perlu risau tentang kos pembaikan yang tidak dijangka.”

Direka bentuk untuk mesra pengguna, pelan Swap Protect bermula dari serendah RM1. Pelanggan boleh melanggan, mengubah suai atau membatalkan pelan mereka pada bila-bila masa melalui web yang mudah digunakan. Sama ada kerosakan yang tidak disengajakan atau keretakan skrin, anda terlindung daripada kos pembaikan yang mahal dan ini dapat menjimatkan wang dan mengurangkan tekanan anda.

perlindungan peranti
Swap Protect direka untuk memberikan ketenangan minda kepada pengguna melalui penyelesaian menyeluruh untuk melindungi peranti mereka

Kerja pembaikan dikendalikan oleh pihak yang sah yang menggunakan alat ganti tulen untuk memastikan peranti kekal dalam keadaan optimum sambil mengekalkan warantinya. Dengan pelan mingguan, bulanan atau tahunan yang fleksibel, pengguna boleh melaraskan liputan mereka mengikut keperluan masing-masing, dan proses tuntutan tanpa kerumitan Swap Protect menjamin proses yang cepat supaya pelanggan tidak perlu menunggu untuk tempoh yang lama untuk kerja pembaikan atau penggantian peranti.

Untuk melanggan Swap Protect, pengguna boleh layari https://protect.swap-asia.com/ menggunakan peranti yang mereka ingin lindungi. Proses tuntutan yang mudah memastikan pembaikan atau penggantian pantas yang membolehkan pengguna menyambung semula rutin harian mereka dengan cepat.

Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat Swap Protect, sila layari https://swap-protect.com/.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.