Wanita Kongsi Resipi Kek Lapis Ala Batik & Anyaman
Batik merupakan seni kraf tangan yang sangat unik. Setiap ukirannya memerlukan ketelitian yang tinggi, dan disebabkan itu batik mempunyai nilai di pasaran.
Bercakap mengenai batik, setiap isi rumah pasti mempunyai sekurang-kurangnya sehelai kain bercorak ini sama ada baju korporat, kain sarung mahupun alas tidur.
Meskipun menjadi perdebatan mengenai asal usulnya, namun seni batik dikatakan telah lama wujud sejak abad ke-16M.
Kini, batik Malaysia menjadi salah satu kebanggaan negara kita, hingga mana-mana pelancong luar yang berkunjung ke negara jatuh hati dengan seni batik ini.
Lazimnya, corak batik ini hanya ditemui pada permukaan kain sahaja bukan? Pernah tak korang melihat corak ini dalam bentuk makanan?
Itulah keunikan yang dibawakan oleh Zainon Noh seorang pengguna Facebook mengenai resipi kek lapis batik ini. Bahkan resipi ini juga berjaya menarik perhatian media antarabangsa.
Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan resipi kek batik oleh Zainon Noh di kumpulan Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official di bawah.
Resipi Kek Lapis Versi Batik
Saya sangat suka dengan batik sebab ia bukan sekadar corak tapi lambang seni dan budaya kita yang penuh makna. Setiap kali tengok batik, saya rasa ada cerita di sebalik helaian.

Mungkin sebab itu saya terinspirasi untuk gabungkan batik dengan kek lapis anyaman sebagai satu cara untuk bawa elemen warisan kita ke dalam sesuatu yang unik dan boleh dinikmati ramai.

Rasa terharu bila awal tahun ini, diinterview oleh wartawan BBC tentang kombinasi batik dan kek lapis anyaman saya. saya ingin berkongsi sedikit hasil kerja dekat sini.

Resepi ini ringkas tapi untuk dapatkan rasa yang sedap dan kualiti yang baik, bahan berkualiti seperti pure butter dan tepung Hong Kong atau pau memang penting.

- 500 gram mentega
- 10 biji telur
- 100 gram gula kastor
- 380 gram susu pekat
- 200 gram Horlicks
- 240 gram tepung Hong Kong
Cara-cara
- Langkah pertama, pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang dengan kelajuan tinggi.
- Kemudian, kurangkan kelajuan dan masukkan telur serta susu pekat perlahan-lahan.
- Seterusnya, turunkan kelajuan lagi (paling rendah), masukkan tepung Hong Kong dan Horlicks sedikit demi sedikit hingga sebati.
- Setelah adunan selesai, panaskan oven suhu 180 darjah Celsius, guna fungsi grill. Tutup kipas supaya kek tidak kering.
- Tuang lapisan pertama (140-160 gram), ratakan dalam loyang.
- Selepas lapisan pertama diratakan, tukar kepada api atas sahaja.
- Ulang proses melapis sampai lapisan terakhir.
Kalau ada bahagian yang tak jelas, jangan segan tanya. Bila dah mahir melapis, bolehlah cuba buat anyaman pula.
Kek lapis hasil tangan Zainon Noh ini bukan sahaja unik namun sangat berbaloi untuk dicuba di rumah. Selamat mencuba!
Sumber: Zainon Noh di kumpulan Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official