Siakap Keli
op naga

Op Naga Catat 598 Vesel Nelayan Asing Ditahan, Nilai Keseluruhan Lebih RM209 Juta

Op NAGA Catat 598 Vesel Nelayan Asing Ditahan, Nilai Keseluruhan Lebih RM209 Juta

PUTRAJAYA, 17 Oktober – Sebanyak 598 tangkapan Vesel Nelayan Asing (VNA) telah berjaya dilakukan sepanjang lima tahun pelaksanaan OP NAGA bermula Mei 2019 hingga September 2024. 

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, nilai hasil keseluruhan tangkapan yang dicatatkan adalah berjumlah lebih RM209 juta. 

Datuk Haji Mohd Rosli turut memaklumkan, 75% tangkapan yang dilakukan adalah melibat 451 VNA Vietnam dengan jumlah kru yang ditahan adalah seramai 4,391orang, manakala nilai keseluruhan tangkapan adalah melebihi RM190 juta. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Maritim Malaysia di sini hari ini. 

Angka berkenaan jelas beliau, merupakan sebahagian daripada jumlah VNA yang memasuki perairan negara yang berjaya ditahan berikutan terdapat kekangan aset yang dihadapi seperti penyelenggaraan berjadual serta keuzuran asset-aset yang dimiliki. 

op naga

Namun tegas beliau, pasukan keselamatan yang terlibat dalam OP NAGA sentiasa komited melaksanakan operasi berkenaan dalam usaha membanteras pencerobohan VNA untuk mengaut hasil laut yang ada di perairan negara.

op naga

 “Ancaman aktiviti perikanan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak dikawal (IUU Fishing) perlu ditangani dengan kerjasama semua pihak sama ada pasukan keselamatan mahupun komuniti maritim setempat,” 

“Jika tidak dibanteras, aktiviti ini akan menjejaskan habitat ekosistem marin yangbakal mengancam pembiakan benih ikan di mana akhirnya, akan menjejaskan  sumber pendapatan nelayan tempatan,” tambah beliau.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.