Siakap Keli
Rider Tular Terima RM50
Kredit: Sinar Harian

Rider Tular Terima RM50 Dalam Eksperimen Sosial Pempengaruh Meninggal Dunia

Rider Tular Terima RM50 Dalam Eksperimen Sosial Pempengaruh Meninggal Dunia

Rider p-hailing yang menerima sekeping RM50 secara rambang di pusat beli-belah, Ahmad Farhan Othman, 32, telah menghembuskan nafas terakhir pada 2 Oktober.

Menurut Sinar Harian, video Allahyarham dalam eksperimen sosial tersebut telah menjadi tular semula sejak beberapa hari lepas.

Isteri Allahyarham, Nursuziliana Mohd Johari berkata, pemergian suaminya amat mengejutkan kerana arwah tidak mempunyai sebarang penyakit, namun dipercayai meninggal dunia ketika sedang bekerja.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, Ahmad Farhan telah mendapat pekerjaan baharu iaitu pemandu van awal September lalu.

Dalam masa sama, Allahyarham tetap meneruskan rutin menghantar makanan demi menampung keperluan keluarga.

“75 peratus jantung suami dah tersumbat”

“Tetapi, kebelakangan ini arwah sering mengeluh dan mengadu penat. Mana tidaknya, seawal jam 7.30 pagi dia dah siapkan anak-anak kemudian pergi buat Grab sehingga 10 pagi.

“Selepas itu, kerja jadi pemandu van hantar dan angkat barang-barang berat sampai jam 5 petang, kemudian sambung buat Grab sehingga 8 malam.

“Doktor ada kata selepas postmortem, 75 peratus jantung suami dah tersumbat mungkin sebab terlalu penat bekerja,” kata Nursuziliana seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Pada Oktober lalu, tular di media sosial memaparkan seorang pempengaruh yang dikenali sebagai MrBeast Malaysia melakukan eksperimen sosial dengan meletakkan not RM50 kepada setiap pengunjung pusat beli-belah tersebut.

Menerusi video berkenaan, Allahyarham Ahmad Farhan pada awalnya kelihatan bingung dengan tindakan pempengaruh terbabit, namun berasa terharu apabila diberikan RM50 dan mengucapkan terima kasih.

Difahamkan, video berkenaan mendapat perhatian warganet apabila tontonan mencecah 2.8 juta, 124,000 tanda suka, lebih 2,900 komen dan 3,154 perkongsian.

Allahyarham memberi nasihat kepada anak-anak sebelum ‘pergi’

Menurut Sinar Harian, wanita berusia 32 tahun itu tidak menyangka video lama itu tular kembali mungkin kerana perkongsian daripada kenalan yang merindukannya.

Dalam pada itu, Nursuziliana turut menyifatkan arwah sebagai suami yang rajin, peramah, bertanggungjawab serta disenangi ramai.

Kata wanita asal Johor Bharu itu, arwah tidak meninggalkan sebarang pesanan kecuali sempat menasihatkan anak-anak supaya saling menjaga antara satu sama lain.

“Arwah ada pesan nakal macam mana pun, jaga mak dan adik-beradik. Dia paling rapat dengan anak kedua yang seiras serta salin tak tumpah macam dia.

“Saya terkilan perkara ini berlaku tiba-tiba dan memang tak percaya sebab dia masih muda. Sekarang, hanya saya besarkan anak-anak,” ujarnya.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, anda boleh berbuat demikian di 7629092653 (CIMB) Nursuziliana Mohd Johari.

BACA: Pekerja Ladang Cili Maut Dipercayai Dibaham Harimau

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.