Video Wanita Singgah Kedai “Syurga” Kanak-Kanak 90-an Gamit Nostalgia Ramai
Jika ditanya mengenai waktu mana yang ingin diputarkan kembali, tentu ramai di antara kita pasti akan memilih zaman kanak-kanak.
Ketika itu, kehidupan kita bebas dari dibelenggu pelbagai komitmen dan tekanan hidup.
Makan, berlari-lari dan bermain bersama rakan-rakan tidak kira pagi dan petang hingga azan Maghrib berkumandang, menandakan waktu pulang ke rumah.
Yang paling nostalgia, kita tentu kerap singgah ke kedai-kedai sekitar bersama ‘rombongan’ rakan untuk membeli gula-gula atau makanan.
Bagaimanapun, semua itu kini hanya mampu dikenang dan tersemat dalam ingatan.
“Syurga” Kanak-Kanak 90-an
Baru-baru ini tular satu video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @faieezytravel mengimbau kembali kenangan kanak-kanak zaman 90-an.
Dalam klip itu memaparkan sebuah kedai runcit yang kebiasannya dikerumuni budak-budak. Mana tidaknya, pelbagai makanan yang bergantungkan tali sememangnya menarik perhatian.

Bahkan, abakus atau sempoa (alat pengiraan) yang sudah jarang digunakan ketika ini masih diguna pakai di kedai ini.
Kata pemilik video, dia singgah ke kedai ini kerana sedang mencari biskut kapal terbang.
Difahamkan, “syurga” kanak-kanak suatu ketika dahulu ini dimiliki oleh seorang warga emas berusia lingkungan 80-an.
“Rindu zaman kanak-kanak. Pergi cari biskut kapal terbang. Uncle Ah Bee kekalkan konsep kedai,” tulis hantaran itu pada ruangan kapsyen.
Meskipun rupa luaran kedai kelihatan usang, namun ia menyimpan seribu satu kenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut mengimbau kembali zaman kecil mereka.
Salah satu roti kesukaan mereka ketika itu juga adalah roti kapal terbang. Malah ada yang memuji pemilik kedai itu masih menggunakan sistem pengiraan lama.
Berikut antara komen pengguna;
“Betul-betul legend uncle ni, pakai sempoa lagi,” komen salah seorang pengguna.
“Memang suka biskut kapal terbang dulu-dulu,” tulis seorang pengguna lagi.
“Honey prunes (makanan) selalu makan sorok-sorok bawah meja dalam kelas. Rindunya ya Allah,” luah seorang lagi.
“Rindu zaman kanak-kanak. Biskut kapal terbang memang paling sedap. Hadir 84,” komen seorang lagi warganet.
@faieezytravel Rinduuu zaman kanak2 .. p caqi biskut kapai terbang 😭😭😭 Uncle Ah Bee kekalkan konsep kedai #kedah2025 #kenanganlalu #kedairuncitlegend #viral #fy #fypシ゚viral #FEEL #fyppppppppppppppppppppppp #onestopcentre #kedahdarulaman🌾 #anakjatikedah
Sumber: TikTok @faieezytravel