Siakap Keli
cuaca buruk 7 negeri
Kredit: Bernama

Amaran Cuaca Buruk Di 7 Negeri Pagi Ini

Amaran Cuaca Buruk Di 7 Negeri Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 7 negeri sehingga jam 12 tengah hari, hari ini.

Menerusi muat naik di laman Facebook, amaran tersebut dikeluarkan bagi seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang.

Di Kedah, kebanyakan kawasan di sebelah barat negeri dijangka alami hujan lebat iaitu daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Begitu juga dengan negeri Perak. Amaran dikeluarkan bagi penduduk di daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

BACA: PM Anwar Bentang Belanjawan 2025 Petang Ini

MetMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk bakal landa beberapa daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Beralih ke Pahang, hujan lebat dan ribut petir dijangka landa Tanah Tinggi Cameron sahaja.

Di Sabah, daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat dijangka alami cuaca buruk.

angin kencang hujan lebat
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

BACA: Amaran Air Laut Pasang Tinggi Di Terengganu, Ini Senarai Kawasan Berisiko Terjejas

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sebelum ini, pihak MetMalaysia turut mengeluarkan ramalan cuaca signifikan yang berdasarkan analisis model cuaca.

“Penumpuan angin dijangka berlaku di barat Sabah mulai 18 hingga 23 Oktober 2024. Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut.

BACA: Banjir: Orang Ramai Diminta Ambil Langkah Keselamatan Elektrik Dan Gas

“Sementara itu, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku di negeri-negeri lain sepanjang minggu ini,” jelasnya.

Orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan cuaca ketika berada di luar. Elak dari berada di lokasi berisiko.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (1) (2)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.