Ribut Petir, Hujan Lebat Petang Ini Di 10 Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan 10 negeri bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang ini.
Amaran berjaga-jaga dikeluarkan bagi seluruh negeri Pulau Pinang dan Kelantan.
Di Kedah, MetMalaysia menjangkakan kebanyakan daerah alami hujan lebat iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak, hanya daerah Hulu Perak dijangka alami hujan lebat.
Keadaan di Selangor pula menunjukkan hujan lebat dan angin kencang bakal berlaku di daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
BACA: Amaran Air Laut Pasang Tinggi Di Terengganu, Ini Senarai Kawasan Berisiko Terjejas
Beralih ke pantai timur, cuaca buruk dijangka landa daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu di Terengganu. Begitu juga dengan Pahang, daerah Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin turut bakal alami hujan lebat dan ribut petir.
Di selatan, hanya daerah Segamat, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor diramal alami cuaca berkenaan.
Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran berjaga-jaga buat mereka yang berada di Sabah dan Sarawak. Angin kencang dan hujan lebat dijangka landa daerah Kapit (Song dan Kapit) di Sarawak. Manakala di Sabah, keadaan yang sama dijangka berlaku di daerah Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).
BACA: Banjir: Orang Ramai Diminta Ambil Langkah Keselamatan Elektrik Dan Gas
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Bagi menghadapi situasi ini, orang ramai dinasihat sentiasa berhati-hati selain mengambil langkah berjaga-jaga.

BACA: Bot Meletup & Terbakar, Dua Nelayan Cedera Parah
BACA: Pemandu Kereta Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Babit Empat Kenderaan