Mungkin ramai yang masih menggunakan seterika yang berwayar kerana sudah terbiasa dan ramai juga tidak tahu seterika berwayar memerlukan beberapa penjagaan penting. Sekiranya tidak menjaganya, hose cord akan bocor dan merekah serta membahayakan keselamatan orang sekeliling. Bagaimana pula dengan seterika tak berwayar ataupun seterika cordless?
Jangan risau, dalam artikel ini kami akan kongsikan lima jenis seterika cordless terbaik yang mendapat jualan tertinggi di Shopee dengan harga serendah RM60 dan mempunyai pengesahan daripada SIRIM bagi memudahkan anda membuat perbandingan:
Korang baca dulu, nanti kami akan kongsikan tips untuk jimatkan elektrik menggunakan seterika ini.
Seterika Cordless Panasonic
Jenama Panasonic ini sudah tentu dikenali oleh ramai masyarakat dengan kualiti yang sangat baik. Dengan harga serendah RM53, Panasonic Dry Iron Cordless, sudah terjual sebanyak 2500 unit melalui aplikasi membeli-belah dalam talian, Shopee.
Kelebihan:
- Kaedah stim yang menghilangkan kedutan lebih cepat
- Tidak merosakkan fabrik
- Tapak perak tidak melekat
- Pemanasan pantas (10 saat)
- Keselamatan terjamin
Spesifikasi model:
- Kuasa: 1000W
- Berat: 1.4kg
- Voltan: 240V
- Saiz: 260x19x204mm
- Warna: Putih
SOKANY 2085 Electric Wireless Garment Steam Iron Dengan Harga RM70
Seterika berjenama SOKANY ini antara jenama yang ‘viral’ di media sosial dengan jualan mencecah 7700 unit . Ramai juga memberi kata balas yang positif selepas beberapa kali penggunaan.
Kelebihan:
- Stim kuat dan berkesan
- Tangki yang mudah diisi
- Serbaguna dan praktikal (semburan, menegak dan stim)
- Pemanasan pantas (20 saat)
- Tapak seramik
Spesifikasi model:
- Kuasa: 2400W
- Berat: 1.2kg
- Voltan: 220V
- Kapasiti air: 200ml
- Saiz: 12x16cm
- Warna: Hijau & Unggu
Seterika Cordless Swiss Thomas
Seterika Swiss Thomas Cordless juga menjadi antara daripada saranan kami, kerana seterika ini didatangkan dengan 3 in 1, dimana ia membolehkan pengguna menggosok secara manual atau menggunakan wap. Ia menarik, kerana selain murah (RM70), pengguna tidak perlu membeli sehingga dua jenis seterika untuk setiap kegunaan.
Kelebihan:
- 5 kawalan gear (Linen, Silk, Wool, Cotton, Flax)
- Fungsi anti-kebocoran
- Tapak seramik
- Serbaguna dan praktikal (semburan, menegak & stim)
- Pemanasan pantas (30 saat)
Spesifikasi model:
- Kuasa: 1600W
- Berat: 300g
- Voltan: 220-240V
- Kapasiti air: 200ml
- Saiz: 28x14x22cm
- Warna: Unggu & Biru
Seterika Cordless Riino
Korang tahu tak? Seterika Riino ini sangat ringan sampai boleh menggosok dengan pegang dua jari je. Dengan berat 300g, seterika ini hanya berharga RM94 sahaja tapi fungsinya melebihi harga yang dijual, siap dapat pula papan seterika secara percuma.
Kelebihan:
- Papan seterika percuma
- Tapak seramik
- Penyembur air
- Serbaguna dan praktikal (semburan & manual)
- Pemanasan pantas (20 saat)
Spesifikasi model:
- Kuasa: 1600W
- Berat: 300g
- Voltan: 220-240V
- Kapasiti air: 200ml
- Saiz: 26x12x20cm
- Warna: Unggu
Seterika Cordless Haier HA-IC5016 RM89.99-RM169.00
Sebagai pengguna, korang mesti tercari-cari seterika yang tahan calar kan? Haier Cordless Steam Iron HA-IC5016 ini adalah solusi terbaik, kerana menggunakan material aloi berasaskan timah dan fluks berfungsi untuk oksida dari permukaan logam. Ia juga sesuai untuk semua jenis material, sehingga mampu mengelakkan daripada pakaian korang rosak.
Kelebihan:
- Keselamatan automatik tertutup (cas semula selama 8 minit)
- Tapak seramik
- Fungsi anti-titisan
- Serbaguna dan praktikal (2 in 1)
- Pemanasan pantas (selama 30 saat)
Spesifikasi model:
- Kuasa: 1300-1600W
- Berat: 1.9kg
- Voltan: 120V
- Kapasiti air: 300ml
- Saiz: 30x19x22cm
- Warna: Putih biru
Tips jimat elektrik dariapda TNB ketika menggunakan seterika
Diawal artikel, kami dah bagitau akan berkongsi tips jimat tangga ketika menggunakan seterika kan? Saranan ini kami kongsi terus melalui Facebook page Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Alang-alang dah ON seterika, baik gosok banyak-banyak baju sekaligus, kan? Boleh jimat masa semua orang dekat rumah. Penggunaan elektrik pun boleh dijimatkan tau sebab seterika tak perlu dipanaskan banyak kali. Jadi, raya kali ini, bantu keluarga anda gosok baju raya mereka sekali. Tapi, seterika tu jangan panas sangat, berlubang pula baju tu nanti.”
Semoga bermanfaat kepada para pembaca. Buatlah pilihan terbaik, agar pembaca tidak lagi mengambil masa yang lama untuk seterika pakaian.
Sumber: Tenaga Nasional Berhad