Siakap Keli
kos bawa pekerja bercuti
Kredit: Khairul Aming/Fans Khairul Aming

Ramai Tertanya, Khairul Aming Dedah Berapa Duit Habis Bawa Pekerja Bercuti

Ramai Tertanya, Khairul Aming Dedah Berapa Duit Habis Bawa Pekerja Bercuti

Nama Khairul Aming sememangnya dikenali umum sebagai seorang pempengaruh yang mementingkan kebajikan pekerjanya. Seorang yang bermula dari berkongsi video resipi di media sosial, Khairul Aming atau lebih mesra dipanggil KA membuka pula kilang yang menjual produk makanan.

Sebelum ini, setiap tahun ramai yang ternanti-nanti video terbaru daripada KA untuk mencuba resipi-resipi baharu. Resipi yang dikongsi sering mendapat sambutan disebabkan kejayaan KA menggunakan pelbagai teknik dalam rakaman video masakannya.

Namun, sejak memiliki perusahaannya sendiri, saban tahun berita KA sebagai majikan yang menjaga kebajikan pekerjanya menjadi bualan warga maya. Apatah lagi apabila KA mula membawa para pekerja bercuti tanpa ada seorang pun yang ditinggalkan untuk bekerja di kilang.

BACA: Sharnaaz Ahmad Kini Pemilik Carabat FC

Tahun lalu, heboh apabila seluruh warga kilang sambalnya dibawa bercuti ke Pulau Langkawi. Tahun ini pula, kecoh sekali lagi apabila KA umum tutup kilang kerana membawa para pekerjanya bercuti di sebuah hotel lima bintang di Pulau Pinang.

Percutian selama lima hari itu melibatkan seramai 100 orang pekerja yang turut diberi duit poket. Berikutan itu, timbul tanda tanya berapa keseluruhan kos yang terpaksa ditanggung KA apabila membawa para pekerjanya bercuti.

Ketika bersiaran langsung di TikTok, KA mendedahkan berapa wang yang dihabiskannya untuk membawa pekerja bercuti setiap tahun. Potongan video siaran langsung tersebut dimuat naik semula oleh warga maya di TikTok.

Menerusi potongan video tersebut, KA menganggarkan keseluruhan kos kira-kira RM1 juta.

BACA: Tak Duduk Diam, Ini Rupanya Tugas “Floor Manager” Di Sebalik Tabir

“Macam ni, dia ada dua kos. Satu kos yang kita bawa pekerja pergi bercuti macam hotel, makan, travel, duit poket, aktiviti dan macam-macam lagi lah.

“Kos kedua adalah kos yang (dipanggil) opportunity cost yang kita tutup kilang. Sebab saya tutup lebih kurang lima hari kan.

“Kalau digabungkan kedua kos, saya rasa hampir RM1 juta,” dedah KA.

Namun menurutnya lagi, itu tidak bermakna pihaknya menghabiskan sebanyak RM1 juta bagi perbelanjaan di sana. Sebanyak RM200 ribu hingga RM300 ribu digunakan untuk perbelanjaan percutian seramai 100 orang pekerja termasuk dirinya.

Manakala selebihnya, sebanyak RM700 ribu hingga RM750 ribu merupakan kira-kira yang melibatkan kerugian pengeluaran disebabkan penutupan kilang selama lima hari.

“Saya tak kisah, itu kos yang saya dah memang dedikasikan setiap tahun nak raikan pekerja.

“Insya-Allah kita akan kekalkan budaya tu setiap tahun. Setiap tahun saya akan pastikan ada masa yang kita tetapkan untuk bawa pekerja kita pergi bercuti, walau kita tutup kilang sekalipun,” ujarnya.

@khairulamingfans_

🗣️: ‘Berapa banyak spend bawak staff pergi bercuti?” @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyet #khairulamingtravel

♬ original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

BACA: Cekal Curahkan Ilmu, Guru Guna Cara Unik Ajar Murid OKU Pendengaran

Sumber: Fans KhairulAming

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.