Siakap Keli

Dilapor Hilang, Mat Redho Mohon Bantuan Kesan Anak

Dilapor Hilang, Mat Redho Mohon Bantuan Kesan Anak

Atlet sukan tempuh halangan negara, Mohd Redha Rozlan memohon orang ramai untuk membantu mengesan anaknya yang dilaporkan hilang hari ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Mohd Redha yang lebih dikenali sebagai Mat Redho melalui satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Menurut Mat Redho anaknya, Haq Medin yang berusia 7 tahun kali terakhir dilihat berada di perhentian bas Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2).

Ketika itu, Haq dilapor memakai baju berwarna kuning, berseluar biru, berkasut hitam dan menggalas beg sekolah.

“Mohon kongsi. Semoga dipermudahkan Allah,” kata Mt Redho.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya mendoakan agar Mat Redho segera bertemu dengan anaknya semula.

Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa Haq sudah ditemui, bagaimanapun tiada sebarang kemas kini dibuat oleh Mat Redho di Facebooknya setakat ini.

Sama-sama kita doakan agar urusan Mat Redho sekeluarga dipermudahkan.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0BoSRUw3AaQTFWdTeWxNRSKdbM8itbmefskW248m5KZgnjFj2S4rk4uhbPbsrVrswl&id=1257648112

BACA: Gegaran Di Ipoh Tiada Kaitan Dengan Latihan Polis, Gempa Bumi Atau Letupan Kuari

Sumber: FB Mat Redho

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.