Siakap Keli
resorts world genting resort popular

Resorts World Genting: Dinobat Resort Paling Popular &  Bersepadu dengan Pelbagai Tarikan

Resorts World Genting: Dinobat Resort Paling Popular &  Bersepadu dengan Pelbagai Tarikan

Genting Highlands, 21 Oktober 2024 – Resorts World Genting (RWG) terus bersinar apabila berjaya meraih anugerah Resort Paling Popular dan Bersepadu dengan Pelbagai Tarikan di majlis sambutan Jubli Perak Ulang Tahun ke-25 Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) yang berlangsung di M Resort & Hotel. 

Sambutan Jubli Perak Ulang Tahun ke-25 MAHO berlangsung dengan penuh gilang-gemilang, bertemakan “Ketahanan”. Majlis ini turut dihadiri oleh Datuk (Dr.) Yasmin Mahmood, Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) sebagai tetamu kehormat bersama tokoh-tokoh terkenal dalam industri perhotelan tempatan dan antarabangsa.

Untuk menghargai pencapaian penting dalam perkembangan dan ketahanan industri hospitaliti, majlis ini di adakan untuk mengiktiraf hotel dan pusat rekreasi yang cemerlang atas kejayaan luar biasa mereka. Pengiktirafan ini diberikan sebagai penghargaan terhadap pencapaian hebat dan komitmen mereka yang kukuh dalam mengekalkan kecemerlangan, walaupun dalam menghadapi cabaran perniagaan.

resorts world genting resort popular

Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG turut hadir untuk menerima anugerah tersebut daripada Datuk (Dr.) Yasmin Mahmood.

Pada bulan September yang lepas, RWG juga telah berjaya meraih gelaran Resort Terkemuka Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut dan kali kelima di Anugerah Pelancongan Dunia (WTA) 2024 yang diadakan di Manila, Filipina. Pencapaian ini menjadikan RWG antara yang terbaik di peringkat antarabangsa.

“Kami amat bersyukur dan gembira kerana RWG diiktiraf sebagai Resort Paling Popular dan Bersepadu dengan Pelbagai Tarikan sempena sambutan Jubli Perak MAHO, dan pada masa yang sama menerima pengiktirafan sebagai Resort Terkemuka Malaysia oleh WTA,” kata Spencer Lee. “Kami berusaha untuk melampaui jangkaan dalam mencipta pengalaman bertaraf dunia yang tiada tandingan untuk semua tetamu kami, tambahnya.

Sebagai destinasi pelancongan popular, RWG menawarkan pelbagai pilihan penginapan mewah, hiburan, beli-belah dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, sila layari rwgenting.com.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.