Siakap Keli
akademi rakan muda

RM 300,000 Dana Akademi Rakan Muda Khusus Untuk Belia Mencipta Impak Sosial

RM 300,000 Dana Akademi Rakan Muda Khusus Untuk Belia Mencipta Impak Sosial

MELAKA, 21 Oktober 2024 – Akademi Rakan Muda adalah salah satu inisiatif oleh Rakan Muda melalui Impact Malaysia untuk memperkasa belia dalam mencipta impak positif dalam komuniti. Program inkubator impak sosial untuk changemakers belia ini telah bermula dari September lalu dan baru sahaja menamatkan fasa keduanya iaitu Bengkel Akademi Rakan Muda selama lima hari di Hotel Bayview, Melaka. 

Akademi Rakan Muda dicipta untuk memperkasa belia dalam mencipta impak sosial yang mampan dalam komuniti dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan sumber yang diperlukan. Program ini merangkumi fasa jangkauan, bengkel, bimbingan mentor, serta pemantauan dan penilaian projek semasa pelaksanaan projek. 

1Bengkel Akademi Rakan Muda telah dihadiri oleh 50 orang peserta (5 orang setiap projek) berbilang kaum dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 10 projek impak sosial yang dipacu golongan belia telah dipilih daripada keseluruhan 96 projek yang memohon berdasarkan impak yang ingin mereka bawakan kepada komuniti mereka, selaras dengan gaya hidup Rakan Muda. Setiap projek terpilih akan menerima Dana Akademi Rakan Muda bernilai sehingga RM30,000 dan mestilah melaksanakan projek mereka dalam tempoh masa maksimum dua bulan. 

Zul Imran Ishak, SAVP Program & Pembangunan, Impact Malaysia, semasa di hari penutupan bengkel berkata, “Masa depan yang mampan bermula dengan belia yang berani mempunyai impian dan bertindak untuk mengubah status quo. Kita mahu belia untuk tidak hanya bercakap-cakap tentang perubahan, tapi lakukan sesuatu untuk perubahan yang baik kepada komuniti. Di Akademi Rakan Muda, kami berusaha untuk memberi sokongan yang tepat supaya setiap belia mampu mencipta impak yang bukan sahaja bermakna untuk komuniti mereka, tetapi juga mampu berkembang dan berkekalan.” 

Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Impact Malaysia pula berkata, “Akademi Rakan Muda membuka jalan kepada belia untuk mencipta impak yang lebih daripada sekadar projek sementara. Ia adalah transformasi sosial yang berakar umbi dalam komuniti, berskala besar, dan bertahan lama.” 

Berikut adalah senarai 10 projek yang menerima Dana Akademi Rakan Muda, sehingga RM30,000 setiap projek: 

Peserta pasukan Suara Bayu, Rohaiza Rosli berkata, “Kami ingin membawa perubahan dengan menyampaikan ilmu muzik dari Semenanjung ke Sabah, agar penggiat seni Sabah lebih terdedah kepada industri muzik. Tidak semua orang Sabah dapat ke Semenanjung, jadi Akademi Suara Bayu adalah platform untuk berkongsi pengetahuan. Kami ingin mengubah mentaliti dan memberikan peluang kepada penggiat seni di Sabah untuk berkembang, kerana ramai yang berbakat dalam muzik. Kami ingin lihat penggiat seni di Sabah dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan yang lain.” 

Peserta pasukan Bumi Tuba, Idreena berkata, “Misi kami adalah untuk mengatasi impak negatif daripada pembuangan minyak masak terpakai dengan mempromosikan penyelesaian yang mesra alam oleh belia. Melalui projek Bumi Tuba, kami akan mengubah minyak terpakai ini menjadi sabun, menunjukkan pendekatan yang mampan terhadap sisa. Untuk memastikan impak jangka panjang, kami juga sedang membangunkan sistem rantaian produk yang merangkumi pemasaran, logistik, dan jualan dengan kerjasama Koperasi Pulau Tuba. Saya yakin, kami mampu membuat perubahan ini.” 

akademi rakan muda

Akademi ini juga melibatkan seramai 10 orang mentor dalam kalangan pakar industri dan pemimpin komuniti yang berpengalaman luas dalam bidang mereka untuk menawarkan khidmat bimbingan, nasihat dan sokongan kepada setiap pasukan agar matlamat projek mereka tercapai.

akademi rakan muda

Mentor-mentor terlibat adalah Melissa Idris (Penyampai Berita, Wartawan), Rizan Hassan (Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran), Mohd Faiz Azizi (Gjie Arlis) (Komposer, Gitaris kumpulan 6ixth Sense dan Akim & The Majistret), Ahmad Faedzal Md Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara), Divya Devi (Ketua Unit Belia & Masyarakat Sivil, MyCatalyz), Zufara Arneeda (Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman), Justin Cheah (Kechara Soup Kitchen), Nur Mizani Abdul Rahman (‘Industry Business Coach’ bidang Bakeri, INSKEN), Misha Romli (Ketua Komuniti PPR Lembah Subang 1), dan Shakila Zen (KUASA Perak). 

Program ini akan diteruskan lagi sehingga Januari tahun hadapan dan melibatkan pelbagai fasa merangkumi reka bentuk projek, bengkel, pelaksanaan, bimbingan, pemantauan dan penilaian yang rapi. Jangka masa keseluruhan program Akademi Rakan Muda adalah seperti berikut: 

Ikuti perkembangan Akademi Rakan Muda di media sosial Impact Malaysia @impactmsia. Kami juga mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak yang ingin bersama kami dan changemaker belia, untuk mencipta perubahan bermakna dan berkekalan.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.