Taobao Fashion Kini Di Lazada Malaysia, Pakaian Bergaya Mesra Bajet
Kuala Lumpur, 22 Oktober 2024 – Platform eDagang perintis Asia Tenggara, Lazada Malaysia, secara rasminya melancarkan saluran fesyen terbaharu mereka, Taobao Fashion, khas untuk pengguna yang mengutamakan pakaian bergaya mesra bajet.
Penambahan baharu ini memperluaskan rangkaian fesyen wanita Lazada Malaysia dengan pelbagai pilihan daripada Taobao. Kini, para trendsetter dan fashionista dapat menikmati kemudahan kedai sehenti untuk fesyen terkini dan bergaya pada harga yang tiada tandingan.
Ekslusif untuk pembeli wanita semasa pelancaran, Taobao Fashion kini boleh diakses melalui ikon “Tao Fashion” di aplikasi Lazada. Dengan Taobao Fashion, pengguna dapat menerokai pelbagai pilihan gaya dengan mudah hanya dengan beberapa klik untuk mendapatkan akses kepada pakaian, aksesori, dan banyak lagi pilihan fesyen yang menarik.

Selain itu, peminat fesyen juga boleh menikmati kelebihan eksklusif seperti penghantaran percuma dan diskaun apabila mereka membeli lebih banyak, semuanya dilindungi dengan polisi pemulangan tanpa kerumitan untuk memastikan pengalaman membeli-belah yang terbaik.
“Kami sentiasa melangkaui batas untuk mentakrifkan semula konsep membeli-belah dalam talian di Malaysia, dan pelancaran Taobao Fashion mencerminkan dedikasi kami terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan. Saluran baharu ini memperkasakan pengguna wanita dengan akses kepada trend terkini pada harga yang tiada tandingan, dengan tawaran istimewa seperti penghantaran percuma dari China dan penjimatan eksklusif apabila mereka membuat pembelian yang banyak.
Matlamat kami adalah untuk memudahkan akses kepada fesyen supaya pelanggan kami dapat mengekspresikan gaya mereka dengan yakin tanpa perlu berbelanja lebih,” kata Kaya Qin, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.
Taobao Fashion menawarkan penjimatan besar untuk pakaian dengan promosi ‘Beli 3 untuk 20% Diskaun’, yang memberi ganjaran kepada pelanggan apabila mereka membeli tiga item atau lebih. Selain itu, pembeli juga dapat menikmati penghantaran antarabangsa percuma dari China. Barisan produk yang tersedia juga boleh dibeli dengan LazCoins untuk penjimatan yang lebih besar dan diskaun tambahan.

Dengan komitmen untuk penghantaran pantas, Lazada memastikan pesanan diproses dan dihantar dalam tempoh 48 jam dengan menggunakan pengangkutan udara antarabangsa untuk mempercepatkan penghantaran supaya pelanggan boleh menerima barangan mereka lebih awal.
Saluran terbaharu ini juga menawarkan polisi pemulangan 15 hari yang fleksibel dengan pilihan pengambilan dan penghantaran untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan. Selain itu, pelanggan yang berubah fikiran boleh memulangkan pembelian mereka tanpa sebarang sebab, asalkan produk berada dalam keadaan baik.
“Di Lazada, kami memahami bahawa kepercayaan dan kebolehpercayaan adalah penting untuk pembelian dalam talian, dan itulah sebabnya kami memberi tumpuan untuk menyampaikan pengalaman membeli-belah yang terbaik untuk fesyen mampu milik yang disokong oleh perlindungan pembeli dan tawaran eksklusif.
Dengan ketibaan 11.11 Jualan Tahunan Terbesar tidak lama lagi, sekarang adalah masa yang tepat untuk anda menerokai Taobao Fashion, dan pastikan anda memanfaatkan faedah lain apabila anda membuat pembelian dengan Jaminan Harga Terendah dan Semua Free Shipping yang menawarkan nilai tiada tandingan,” ujar Kaya.
Lazada Malaysia komited untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah dengan memfokuskan pada nilai yang diutamakan oleh rakyat Malaysia – kemudahan, kemampuan, dan gaya. Pelancaran Taobao Fashion hanyalah langkah pertama dalam siri perkembangan yang menarik pada platform Lazada yang terus berinovasi sambil menawarkan harga dan pengalaman terbaik dalam eDagang.
Untuk maklumat lanjut, layari Lazada atau muat turun aplikasi Lazada untuk meneroka tawaran menarik Taobao Fashion.