Siakap Keli
Dua Remaja culik van putih
Gambar: Bernama

Dua Remaja Nyaris Jadi Mangsa Culik ‘Van Putih’

Dua Remaja Nyaris Jadi Mangsa Culik ‘Van Putih’

GERIK  — Dua remaja perempuan berdepan detik cemas apabila nyaris menjadi mangsa culik selepas didatangi individu menggunakan van putih dengan nombor pendaftaran negara Thailand, lapor Sinar Harian.

Menurut Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat, pihaknya telah menerima laporan daripada kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Dua pada hari ini di Ibu Pejabat Pols Daerah (IPD) Gerik.

Difahamkan, kejadian pertama itu dilaporkan berlaku berhampiran tanah perkuburan Kampung Padang sewaktu mangsa sedang menunggang basikal ke sekolah sekitar jam 6.45 pagi Isnin lalu.

“Sebuah van warna kelabu telah berhenti di hadapannya dan sebuah lagi van warna putih dengan nombor pendaftaran negara jiran menghimpit di bahagian kanan telah mengikuti sehingga sampai di jalan raya.

“Dalam kejadian itu, terdapat seorang wanita yang dikenali bertindak memanggil mangsa menyebabkan kedua-dua buah van tersebut terus beredar,” maklumnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, seorang lagi pelajar perempuan yang juga salah seorang mangsa kes sama turut mengalami kejadian serupa di lokasi yang sama.

Kejadian itu difahamkan berlaku kira-kira jam 3.20 petang Selasa sewaktu pelajar itu berjalan kaki pulang dari sekolah.

“Mangsa dihimpit oleh sebuah van menggunakan nombor pendaftaran negara jiran sebelum dua lelaki memakai pelitup muka bertindak menarik beg sekolah dan mengheretnya hingga terjatuh.

“Mangsa kemudiannya telah diselamatkan oleh abang kandungnya yang tiba di lokasi kejadian dengan bertindak menendang salah seorang suspek.

“Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri menaiki menggunakan van tersebut,” jelasnya.

Mengulas lebih lanjut mengenai kes berkenaan, Zulkafli berkata insiden itu kini dalam siasatan pihak polis.

“Sebagai langkah proaktif, pihak polis telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah di kawasan sekolah-sekolah, kampung-kampung dan kawasan lain yang berpotensi berlakunya kejadian jenayah.

“Usaha mengesan saksi-saksi dan suspek-suspek sedang giat dijalankan untuk siasatan lanjut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta tampil bagi membantu siasatan” ujarnya.

Oleh itu, beliau menasihatkan ibu bapa atau penjaga bagi memberikan perhatian terhadap keselamatan anak dengan menghantar dan mengambil mereka untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Sebelum ini, insiden tersebut dan gambar laporan yang dibuat mangsa tular dalam aplikasi permesejan WhatsApp.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Rebah Secara Tiba-Tiba, Mahasiswa UiTM Dilapor Meninggal Dunia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.