Siakap Keli
Hujan Batu kemaman
Gambar: Video Tular

Fenomena Hujan Batu Dipercayai Landa Daerah Kemaman Sebentar Tadi

Fenomena Hujan Batu Dilapor Melanda Daerah Kemaman Sebentar Tadi

Satu fenomena hujan batu dipercayai melanda daerah Kemaman, Terengganu di sini, sekitar jam 3 petang tadi.

Difahamkan, fenomena yang jarang berlaku itu disertakan dengan hujan lebat dan angin kencang.

Menerusi perkongsian video beberapa pengguna media sosial, memaparkan ketulan kecil ais batu yang bertaburan di atas jalan.

Bahkan, hujan batu yang melanda kawasan berkenaan turut dipercayai mengakibatkan salah satu cermin dinding di sebuah premis pecah.

Rata-rata orang ramai dilihat berteduh di kawasan berbumbung sementara hujan itu reda, dengan ada daripada mereka yang mengutip dan menunjukkan ketulan batu berkenaan.

Berikut antara video yang dikongsikan oleh warganet;

https://www.facebook.com/watch/?v=1416216415953402&rdid=ejXvXozydGRrT59H

https://www.facebook.com/watch/?v=848934780726953&rdid=UFdTokcsUNDu34El

https://www.facebook.com/100023660004220/posts/1724072251724758/?rdid=gugYKC5brGxKLVwl

@suyenbarber

Doakan kemamanšŸ¤²šŸ¼šŸ¤²šŸ¼šŸ¤²šŸ¼#ujanbatu

♬ La Illah Ela Allah – Mohamed Youssef

Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 5 Negeri Petang Ini

Sebentar tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkanĀ 5Ā negeri bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jamĀ 5 petang ini.

Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook, cuaca buruk bakal melanda daerah Dungun dan Kemaman diĀ Terengganu.Ā Keadaan tersebut turut bakal dialami mereka yang berada di daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin diĀ Pahang.Ā 

Di selatan, daerah Jempol dan Tampin diĀ Negeri SembilanĀ dijangka alami hujan lebat. Manakala diĀ JohorĀ pula, hampir keseluruhan negeri bakal dilanda ribut petir dan hujan lebat. Antara daerah yang terlibat ialah Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

DiĀ Sarawak, hujan lebat hanya melibatkan daerah Miri (Marudi).

Bagaimana hujan batu?

Hujan batu terbentuk dalam awan petir apabila titisan air terus menerus naik dan turun melalui awan oleh arus naik dan turun.

Apabila titisan air bergerak ke puncak awan yang sangat sejuk, maka titisan tersebut boleh membeku.

Titisan air terus naik ke awan petir yang mempunyai daya yang besar, sehingga awan petir dapat menahan hujan batu ini untuk jangka masa yang panjang. Titisan air terus bertambah, jadi awan kilat dilitupi lebih banyak ais.

Hujan batu berlaku apabila awan petir tidak dapat menahan titisan air yang terus bergerak ke atas. Apabila berlaku hujan batu, titisan air terbentuk seperti bebola ais dan tidak sempat mencair sebelum mencecah ke tanah.

Oleh itu, bebola ini akan cair sebaik sahaja sampai ke tanah. Inilah ketulan-ketulan ais yang kita nampak semasa fenomena hujan batu.

Sumber: Video tular

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.